1.SAYA agak terkejut dengan penjelasan YB Datuk Ir Iskandar Abdul Samad,Naib Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor.
"Mohon penjelasan lebih lanjut dari Datuk Iskandar mengenai ketidakhadiran PAS pada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Malawati pada 14 Jan 2017 yang lalu disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
"Keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran AMANAH dan DAP pada majlis tersebut serta ketiadaan hubungan politik PAS dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM",kata Datuk Iskandar.
2. Pada saya kenyataan dan penjelasan Datuk Iskandar sangat mengejutkan dan mengundang risiko yang besar kepada kelangsungan politik PAS khususnya kedudukan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.
"Kenyataan tersebut seolah memberi isyarat kepada YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bahawa 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat Exco akan datang dan sekali gus akan melepaskan jawatan sebagai Exco disebabkan anggota Exco kerajaan negeri terdapat juga wakil dari DAP dengan jumlah bilangan yang sama dengan PAS.
Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan yang semua Ahli Majlis PBT dari PAS di Selangor akan bertindak seiring dengan tindakan Exco disebabkan semua PBT Selangor terdapat wakil DAP dan beberapa orang wakil AMANAH.Saya juga percaya yang Datuk Iskandar perlu bertindak demi maruah".
3. Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan PAS akan menamatkan atau memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan PPBM kerana kedua-dua parti ini mempunyai hubungan kerjasama politik melalui dokumen perjanjian kerjasama (MoU).
4. Tidak mustahil demi maruah, Datuk Iskandar akan lakukan ini untuk tidak lagi dituduh seperti dakwaan wakil Dewan Ulamak PAS Selangor pada tahun 2016 yang berkata wakil rakyat dan mereka yang nak pertahankan kerajaan Selangor kerana sayangkan jawatan.
Kenyataan Dewan Ulamak PAS Selangor telah mengundang reaksi Datuk Iskandar dengan berkata mereka yang mendakwa sedemikian rupa sebenarnya sejak tahun 2008 berada dalam perigi buta.
Persoalannya adakah Datuk Iskandar dan wakil rakyat PAS di Selangor bersedia untuk kembali terjun ke dalam 'PERIGI BUTA'?.
Mahfuz Omar
Wed Jan 18 2017
Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan PAS akan menamatkan atau memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan PPBM - Gambar fail
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
MB Terengganu kini naib presiden Pas yang baharu
Empat calon layak untuk bertanding kerusi naib presiden namun Iskandar tidak mengambil tindakan seperti yang sepatutnya.
Aplikasi penstriman video Tribe catat 1 juta muat turun
Tribe juga mencari rakan kongsi untuk pengisian yang unik yang menepati cita rasa generasi muda, terutama sekali di Asia Tenggara.
PAS Selangor mahu Khalid kekal MB Selangor
Mesyuarat antara PAS Pusat dan PAS Selangor juga tidak pernah bersetuju dengan cadangan untuk menukarkan Abdul Khalid.