KUALA LUMPUR:Dua anak kapal disahkan meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan dalam insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri pada pagi Selasa.

Unit Korporat Jabatan Laut Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

Berdasarkan kepada maklumat awal yang diperolehi, kejadian itu berlaku dalam keadaan cuaca buruk di mana kabel sauh kapal Dayang Topaz telah terputus menyebabkan kapal tersebut tidak dapat dikawal dan melanggar platform Minyak Baram B.

Kesan kerosakan akibat pelanggaran ini belum dapat dipastikan lagi.

BACA: Kronologi insiden Dayang Topaz: Ini apa anda perlu tahu

Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian pencemaran marin dikesan dan kapal Dayang Topaz telah belayar menuju ke limbungan pembaikan kapal yang terdekat untuk pemeriksaan kerosakan sebenar.

Sebelum ini, Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM, Komander Suzanna Razali Chan terdapat 187 kru secara keseluruhan, 185 adalah warganegara manakala selebihnya ialah warga Indonesia.