Dewan Belia India Malaysia (DBIM) akan menghimpunkan seramai 70 perwakilan belia kaum India yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan ideologi politik untuk membincangkan, mendebatkan dan meluluskan usul-usul berkaitan dasar negara, undang-undang dan masyarakat kaum India selama tiga
bulan (November 2021 - Januari 2022).
Program ini akan disertai oleh perwakilan belia kaum India yang berusia 16 sehingga 30 tahun.
Program ini bakal diadakan secara hibrid buat julung kali di Malaysia khususnya untuk belia kaum India menyalurkan pendapat dan cadangan mengenai dasar dan politik negara.
Program ini juga akan memfokuskan pembentangan usul bagi lima kementerian tertentu termasuk Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan semasa persidangan yang akan diadakan secara maya.
Inisiatif ini dianjurkan oleh sebuah sekretariat bebas bersama dengan UNDI18 sebagai rakan penganjur.
Sekretariat ini diketuai oleh pemimpin dan aktivis belia, Kiran Raj Sathivel.
Program ini juga telah mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan seperti Architect of Diversity (AOD), Projek 57, Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia (GBSM), Enlight Malaysia dan lain-lain.
Seramai 8 pemimpin dan aktivis masyarakat India termasuk P. Prabakaran, Tharma Pillai, Kasthuriraani Patto, Sivarraajh, Sharan Raj dan Dr Thanussha Francis Xavier turut menyumbang dalam program ini untuk sesi "mentoring" bagi kesemua 70 perwakilan dan akan membantu dari segi mengawal selia persidangan Dewan Belia India Malaysia.
Program ini diadakan susulan daripada kesedaran proses demokrasi yang kurang memberangsangkan dan kelesuan politik dalam kalangan anak muda.
Selain itu, isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India khususnya golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) juga tiada penambahbaikan akibat perangkaan dasar dan pelan pembangunan yang tidak selaras dengan keperluan masyarakat India dari segi kaedah pelaksanaan dan pemerkasaan ekonomi.
Oleh itu, Sekretariat Dewan Belia India Malaysia ingin mengubah landskap politik menerusi program ini dengan mempraktikkan kaedah pelaksanaan bipartisan demi memupuk sikap kepimpinan dan kesedaran politik dan aktivisme dalam kalangan belia India di Malaysia.
"Anak muda harus didedahkan kepada proses demokrasi dan pentadbiran negara demi pembangunan masyarakat sejagat," katan Pengarah Dewan Belia India Malaysia, Kiran Raj Sathivel.
Dewan Belia India Malaysia
1 Disember 2021
Kenyataan Media
Wed Dec 01 2021
Program ini bakal diadakan secara hibrid buat julung kali di Malaysia khususnya untuk belia kaum India.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
DBIM bakal jadi perintis lahirkan pemimpin belia kaum India
Program ini akan disertai oleh perwakilan belia kaum India yang berusia 16 sehingga 30 tahun.