Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meluluskan permohonan presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi Himpunan Rakyat Bersatu Rabu ini.
Perkara ini disahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz kepada Astro AWANI sebentar tadi.
“Telah beri kebenaran guna Padang Merbuk,” katanya melalui satu pesanan mesej ringkas (SMS) selepas ditanyakan soalan sama ada DBKL membenarkan perhimpunan tersebut.
DBKL sebelum ini pernah menawarkan lokasi tersebut sebagai lokasi perhimpunan Bersih 4, namun ditolak pihak penganjur.
Menurut laporan beberapa media, Mhd Amin Nordin memaklumkan tiada sebab untuk pihaknya tidak meluluskan permohonan penganjur perhimpunan tersebut.
Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga penganjur Himpunan Rakyat Bersatu sebelum ini memaklumkan perhimpunan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertainya.
Beliau berjanji perhimpunan itu akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi melampau.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan agar mana-mana pihak yang ingin menyertai perhimpunan supaya mematuhi segala peraturan yang ada.
Beliau, yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata ekoran DBKL telah memberi kebenaran untuk menggunakan lokasi Padang Merbok mengadakan perhimpunan itu, ia diharap agar jalan raya di sekitar ibu negara tidak diusik oleh mana-mana pihak.
Tengku Adnan berkata sekiranya syarat dan peraturan diingkari, perhimpunan itu menjadi haram dan kelulusan akan dibatalkan serta-merta, lapor Bernama.
"Kalau anggota UMNO nak pergi, pergilahh...tapi mesti kena ikut undang-undang walau dia anggota UMNO, dia mesti kena ikut dan patuh pada undang-undang tersebut," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran dan sesi pengundian Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi RazakMas di sini hari ini.
Perhimpunan Rakyat Bersatu diketuai oleh Pesaka bersama 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain yang diadakan sebagai membantah penganjuran himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini.
T K Letchumy Tamboo
Mon Sep 14 2015
MHD AMIN NORDIN: Saya hanya beri kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok untuk berhimpun, itu sahaja, dan sila berhimpun dengan aman. -Gambar fail
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.