KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membina terowong penyimpanan air bawah tanah berkapasiti tinggi bagi mengatasi isu banjir kilat di ibu negara.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata langkah itu merupakan satu kaedah penyelesaian jangka panjang yang akan mengambil tempoh tiga hingga lima tahun untuk disiapkan.
Beliau berkata bagi tujuan itu, DBKL akan mengadakan kajian kebolehlaksanaan untuk mengkaji lokasi dan spesifikasi terowong simpanan air hujan bawah tanah yang akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan.
"Fungsinya ialah untuk menampung air banjir sebelum dilepaskan ke sungai ketika air surut. Kebanyakan bandar raya di dunia seperti Tokyo dan Itabashi di Jepun membinanya di bawah jalan raya.
"Namun apa yang kita dapati, jalan raya di ibu kota sempit. Oleh itu, ada yang mencadangkan agar kita membinanya 120 kaki di bawah sungai," katanya dalam sidang media Ke Arah Kuala Lumpur Bebas Banjir Kilat di sini pada Khamis.
Shahidan berkata bagi tujuan itu, DBKL akan melantik perunding dengan kadar segera selepas mengadakan perbincangan bersama JPS.
Pada masa sama, beliau berkata DBKL juga akan membina tembok penahan banjir dengan segera di semua kawasan yang dijangka berlaku limpahan air sungai.
Shahidan berkata punca utama banjir kilat di ibu kota adalah disebabkan limpahan air sungai yang menyebabkan sistem perparitan tidak boleh menyalurkan air dengan lancar ke dalam sungai.
"Kita juga akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan kelodak di dalam kolam takungan banjir dan sungai agar dapat memaksimumkan kapasiti penggunaannya.
"Buat masa ini, kita meletakkan beg pasir di kawasan terlibat dengan limpahan air sungai selain menempatkan pam air mudah alih sebagai langkah sementara mengatasi masalah ini," katanya.
Dalam pada itu, Shahidan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah turut berpeluang menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia di Tokyo, Jepun dari 23 hingga 27 Mei lepas.
"Tujuan kami ke sana adalah untuk melihat bagaimana Jepun, terutama di Tokyo dan Itabashi, mengatasi masalah banjir dan banjir kilat yang sering berlaku pada masa lepas.
"Hasil lawatan itu, kami mendapati setiap perancangan yang dilakukan untuk ibu negara adalah bertepatan dengan apa yang dilakukan di negara maju itu seperti menaik taraf sungai dan pembinaan terowong bawah tanah," katanya.
Shahidan turut menyeru semua anggota masyarakat untuk memberi kerjasama sebaik-baiknya antara lain tidak membuang sampah di merata-rata tempat terutama ke dalam sistem saliran.
"Kita juga mengalu-alukan warga kota untuk memberi maklum balas dan cadangan kepada DBKL kerana matlamat kita adalah untuk menyelesaikan masalah ini sepenuhnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Punca utama banjir kilat di ibu kota adalah disebabkan limpahan air sungai yang menyebabkan sistem perparitan tidak boleh menyalurkan air dengan lancar ke dalam sungai. - Gambar fail/BERNAMA
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Mitigasi banjir Kuala Lumpur: PAC mula prosiding, panggil Shahidan dan DBKL
Keputusan memulakan prosiding tersebut dibuat susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 1 di Dewan Rakyat, hari ini.
DBKL kaji kurangkan kesesakan jalan raya yang tidak sepatutnya - Jalaluddin Alias
Antara fokus utama adalah untuk memastikan pengurusan jajaran jalan raya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat diselaraskan.
Banjir Kuala Lumpur: JPS saran guna tasik dalam taman awam sebagai kolam takungan
Nor Hisham berkata, langkah itu juga adalah lebih praktikal dan menjimatkan kos berbanding membina kolam takungan yang baharu.
RTB Sungai Bunus 'lupa' diselenggara punca KL terus banjir?
Astro AWANI mendedahkan status terkini RTB berkenaan yang terletak di kawasan PULAPOL Kuala Lumpur di Jalan Semarak, di sini.