KUALA LUMPUR: Sebuah struktur stor yang dibina tanpa kelulusan perintah pembangunan di Jalan Batu Belah, Pusat Bandar Utara dirobohkan dalam operasi tindakan khas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.
Unit Media DBKL menerusi kemas kini di Facebook berkata, tindakan dilaksanakan hasil maklumat dan aduan awam serta pemantauan oleh pasukan Teknikal Pembangunan DBKL.
Menurut kenyataan itu, notis penguatkuasaan telah diberikan kepada pemilik premis itu namun ingkar mematuhi arahan yang ditetapkan sehingga tempoh notis tersebut tamat.
"Tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 70, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Seksyen 26, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 melibatkan kesalahan mendirikan struktur tambahan tanpa kebenaran.
"Pemilik turut melakukan kesalahan menukar kegunaan sebahagian lot daripada kediaman kepada stor (simpanan barang-barang perniagaan) tanpa perintah pembangunan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, tindakan sita dan pindah barangan turut dilakukan terhadap premis berkenaan dan kesemua barangan dihantar ke Stor Sitaan DBKL untuk proses penyimpanan dan dokumentasi.
Unit media DBKL berkata, pihaknya memandang serius terhadap sebarang pembinaan tambahan struktur haram dan menukar aktiviti kegunaan kediaman kepada stor atau perniagaan tanpa kelulusan perintah pembangunan.
"Tindakan ini akan menyebabkan masalah kacau ganggu, kesesakan lalu lintas dan kebersihan di kawasan kediaman sedia ada di Kuala Lumpur.
"Semua pemilik kediaman atau mana-mana premis dinasihatkan agar mengikuti garis panduan dan membuat permohonan kebenaran pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang kerja-kerja pengubahsuaian atau pembinaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 14 2021
Struktur kediaman dijadikan stor di Jalan Batu Belah, Pusat Bandar Utara dirobohkan dalam operasi tindakan khas oleh DBKL pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Stor haram simpan diesel diserbu, dua lelaki tempatan ditahan
Kejayaan operasi itu adalah hasil maklumat risikan selama dua minggu selepas mendapat maklumat awam berhubung aktiviti tersebut.
KPDNHEP N.Sembilan tumpaskan kegiatan seleweng diesel
Serbuan pada pukul 1 tengah hari itu turut merampas sebuah lori satu tan, tangki petak dan peralatan untuk kerja pemindahan diesel dengan keseluruhan rampasan bernilai RM55,300.
KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.
Sindiket seleweng diesel bersubsidi tumpas
KPDNHEP Negeri Sembilan menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor haram.
DBKL roboh stor haram
Notis penguatkuasaan telah diberikan kepada pemilik premis itu namun ingkar mematuhi arahan yang ditetapkan sehingga tempoh notis tersebut tamat.
KPDNKK Pulau Pinang lumpuhkan sindiket seleweng LPG
KPDNKK Pulau Pinang melumpuhkan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah stor haram di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.