‘Deklarasi Rakyat’ seperti yang digerakkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, bertujuan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin memberi kesan yang bertentangan.
Portal berita MalayMail Online melaporkan, memetik kenyataan agensi penyelidikan Fitch Group hari ini yang menyatakan bahawa ‘deklarasi’ tersebut boleh mencetus impak sokongan tambahan kepada Najib berbanding tujuan asalnya.
Dalam kenyataan itu, BMI Research mendapati bahawa klausa kedua dalam ‘Deklarasi Rakyat’ yang menyeru semua pihak yang bekerjasama dengan Najib untuk disingkirkan, akan berkemungkinan besar membawa kepada penyatuan parti dan menyokong Presiden UMNO.
“Sementara klausa pertama deklarasi itu menyatakan ‘rakyat Malaysia yang menandatangani (deklarasi) bersetuju untuk menyokong peletakan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia melalui cara yang dibenarkan perundangan’ suatu yang tidak mengejutkan, klausa kedua yang menyeru ‘penyingkiran mereka yang bekerjasama dengan Najib’, tidak senada dengan UMNO.
“Sebaliknya, parti akan melihat kenyataan itu sebagai serangan ke atas UMNO dan kami percaya ini akan menjadi titik perubahan dalam parti sekali gus meyakinkan pemimpin akar umbi untuk menyokong Najib,” ujar kenyataan itu.
Jelaskan dakwaan
Pada masa yang sama, Putrajaya perlu menjelaskan dakwaan mengenai isu kewangan Lembaga Tabung Haji, kerana itu mampu menentukan sokongan orang Islam.
BMI Research menejlaskan, ahli-ahli UMNO akan melihat deklarasi Mahathir itu sebagai serangan ke atas parti itu sendiri dan bukannya ditujukan khusus kepada Najib.
“Pengumuman dan acara menandatangani Deklarasi Rakyat pada 4 Mac tidak membentangkan risiko jika Najib berkuasa.
“Sebaliknya, deklarasi itu telah mengukuhkan UMNO seterusnya merapatkan barisan untuk terus menyokong Najib,” kata kenyataan itu yang turut menambah bahawa Najib akan terus berkuasa jika mendapat sokongan pemimpin-pemimpin akar umbi.
Pengumuman keluar UMNO oleh Mahathir juga dilihat mempunyai impak yang kecil kepada Najib.
Selain itu, penyingkiran Mahathir dari Petronas, kegagalan menyelamatkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir daripada bertahan dengan jawatan Menteri Besar Kedah, serta jalinan kerjasama dengan DAP, menunjukkan pengaruh politiknya yang semakin berkurangan.
Tambah kenyataan itu, tindakan Mahathir keluar UMNO tidak akan menjurus kepada peletakan jawatan Najib, seperti yang pernah dilakukannya dahulu pada 2008 (hingga menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri ketika itu.
Astro Awani
Wed Mar 16 2016
BMI Research menyatakan bahawa deklarasi yang digerakkan Tun Mahathir boleh meninggalkan impak yang sebaliknya. - Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan pusat dan negeri sama-sama bangunkan Malaysia, Sarawak - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komitmen kerajaan pusat adalah untuk terus membantu Sarawak membangun setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.
'Deklarasi Rakyat' Tun Mahathir boleh kukuhkan kuasa Najib dan UMNO - BMI Research
Deklarasi tersebut boleh mencetus impak yang bertentangan dengan tujuan asal hinggakan Najib boleh mendapat lebih banyak sokongan.
SPRM sahkan RM2.6 bilion kepada Najib dari keluarga Diraja Arab Saudi - Azalina
SPRM telah mengesahkan bahawa sumbangan wang yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah daripada daripada keluarga Diraja Arab Saudi.