KUALA LUMPUR: Denda sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun bagi mereka yang melakukan kesalahan berkaitan teknologi penstriman merupakan antara subseskyen baharu dalam Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 yang dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut rang undang-undang itu, seseorang boleh melakukan atau memudahkan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya antaranya dengan membuat suatu teknologi penstriman termasuk untuk dijual atau disewakan serta mengimport suatu teknologi penstriman.
Individu yang melanggar subseskyen itu boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Rang undang-undang bagi meminda Akta Hak Cipta 1987 itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid.
Beliau turut membentangkan dua lagi rang undang-undang bagi bacaan kali pertama di bawah kementeriannya iaitu Rang Undang-Undang Petunjuk Geografi 2021 dan Rang Undang-Undang Paten (Pindaan) 2021.
Rang Undang-Undang Petunjuk Geografi 2021 digubal bagi perlindungan dan pendaftaran petunjuk geografi berhubung barang dan untuk melaksanakan triti berkaitan dan bagi perkara yang berhubung dengannya.
Petunjuk geografi (GI) adalah tanda yang digunakan pada produk yang mempunyai asal geografi tertentu dan memiliki sifat atau reputasi yang disebabkan oleh asal itu.
Rang undang-undang tersebut antaranya membolehkan pemilik memohon untuk mendaftarkan suatu petunjuk geografi bagi apa-apa barang dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh pendaftar bersama dengan pembayaran yuran yang ditetapkan.
Rang Undang-Undang Paten (Pindaan) 2021 pula dibentang antaranya bagi membolehkan keluaran proses mikrobiologi dijadikan reka cipta yang dapat dipatenkan.
Ia juga membolehkan kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri mempunyai hak mempatenkan reka cipta mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021
Individu yang melanggar subseskyen itu boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya sekali. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Denda sehingga RM200,000, penjara 20 tahun bagi pesalah teknologi penstriman
Ia merupakan antara subseskyen baharu dalam Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 yang dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.