Penderitaan 18 pekerja warga asing termasuk seorang wanita yang dipaksa bekerja setiap hari tanpa cuti berakhir setelah mereka diselamatkan polis dalam dua serbuan berasingan di sebuah rumah kedai dan kilang di Kawasan Perindustrian Khantan di sini hari ini.
Dalam serbuan pada pukul 3.45 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu, sepasang suami isteri warga Myanmar yang merupakan 'pengurus' kepada semua warga asing tersebut turut ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, tangkapan di rumah kedai dua tingkat itu melibatkan tiga lelaki iaitu dua warga Nepal dan seorang warga Bangladesh.
Katanya, tangkapan di premis membuat sarung tangan itu pula melibatkan 15 pekerja iaitu lima warga Bangladesh, lapan warga Nepal dan dua remaja lelaki berusia 17 tahun yang merupakan warga Myanmar.
Jelasnya, kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun manakala pasangan suami isteri itu pula berusia 40-an.
Kedua-dua suami isteri itu bertindak menguruskan gaji, tempat tinggal dan keperluan pekerja asing terbabit.
Tian Kee juga berkata mereka dijanjikan gaji sebanyak RM1,800 namun hanya memperoleh gaji sebanyak RM1,200 sahaja setelah dipotong perbelanjaan makan berjumlah RM250 dan RM100 untuk tempat tinggal.
Menurut Tian Kee, kesemua mangsa yang tidak mempunyai permit kerja juga dipaksa bekerja setiap hari daripada pukul 7 pagi hingga 7 petang tanpa cuti rehat.
Tambah beliau, mangsa juga mendakwa dipukul oleh lelaki terbabit sekiranya tidak mendengar arahan selain tidak dibenarkan keluar dari rumah yang terletak berhampiran kilang tersebut sebaik sahaja tamat waktu bekerja.
Tambah beliau, daripada 18 orang yang diselamatkan, hanya empat orang sahaja yang mempunyai pasport dan semua dokuman mereka dipegang oleh majikan.
Pihak polis juga tidak menemui pasport milik pasangan suami isteri berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada mereka mempunyai dokumen yang sah atau sebaliknya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Sep 07 2017
Tangkapan di premis membuat sarung tangan itu pula melibatkan 15 pekerja iaitu lima warga Bangladesh, lapan warga Nepal dan dua remaja lelaki berusia 17 tahun yang merupakan warga Myanmar. - Foto Astro AWANI
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.