Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany tetap dengan pendirian untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden MIC walaupun telah didesak agar menarik diri daripada merebut jawatan itu pada pemilihan semula parti itu, 6 Nov ini.
Bekas naib presiden itu berkata beliau tidak akan menarik balik keputusannya kerana sudah tiba giliran untuk beliau menjawat jawatan nombor dua parti.
"Mengikut hirarki Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009, selepas presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam, saya adalah pemimpin nombor dua...sebab itu saya membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC yang dirasmikan serentak oleh Dr Subramaniam di sini pada Ahad.
Dalam perebutan tiga jawatan naib presiden pada pemilihan MIC 2009, Dr Subramaniam memperoleh undi terbanyak iaitu 1,260 undi diikuti Devamany (1,122 undi) dan Datuk M. Saravanan dengan 1,030 undi.
Pada pemilihan 2013, Devamany hanya memperoleh 332 undi untuk menghuni tangga ketujuh daripada lapan calon naib presiden dengan Saravanan mengumpul undi kedua terbanyak iaitu 716 undi.
Bagaimanapun, Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pemilihan 2013 kerana mendapati wujud penyelewengan dalam proses pemilihan dan melantik CWC 2009 untuk mengendalikan pemilihan semula bulan depan.
Biarpun didesak segelintir ahli parti untuk Devamany berundur bagi memberi laluan kepada Saravanan namun katanya beliau akan tetap menghantar borang pencalonan pada hari penamaan calon pada 25 Okt ini.
Setakat ini, Devamany dan Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Selain jawatan timbalan presiden, pemilihan kali ini turut menyaksikan pemilihan tiga naib presiden dan 23 ahli CWC.
Pemilihan parti akan diadakan pada 6 Nov dan Mesyuarat Agung Tahunan MIC pada hari berikutnya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang.
Bernama
Sun Oct 18 2015
DEVAMANY: Mengikut hirarki Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009, selepas presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam, saya adalah pemimpin nombor dua...sebab itu saya membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu. - Foto BERNAMA
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Jawatan dalam sektor ekonomi meningkat 1.5 peratus suku kedua 2024
Statistik itu diterbitkan berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas perniagaan berdaftar dalam sektor swasta.
Calon pemilihan UMNO diingat tidak mengharap dapat bertanding pada PRN - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para calon bagi pemilihan UMNO kali ini agar tidak meletakkan harapan untuk diletakkan sebagai calon pada PRN akan datang.
PAU2022: Asyraf tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO
Keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu menerajui kepimpinan parti.
New York cari pegawai mitigasi tikus, gaji AS$10,000 sebulan
Pengarah mitigasi tikus akan bekerja di bawah timbalan datuk bandar untuk operasi dan Pejabat Datuk Bandar.
Calon PM UK: Boris Johnson enggan sokong mana-mana pihak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson enggan menyokong mana-mana calon yang bertanding untuk menggantikannya.
Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.
Saya tiada jawatan dalam 1MDB - Jho Low
Jho Low berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan atau kewajipan fidusiari dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta empat anak syarikatnya.
Saya tolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu letak jawatan MP - Nazri
Nazri menjelaskan, beliau memutuskan untuk kekal sebagai ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
Jawatan di GLC bukan habuan untuk orang politik semata-mata - Jeniri Amir
Desakan banyak pihak agar menghentikan lantikan pemimpin politik yang tidak kompeten juga ada kewajarannya.