Dewan Negara hari ini meluluskan tiga Rang Undang-undang (RUU) iaitu Rang Undang-undang Cap Dagangan 2019, Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2019 dan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019.
Ketiga-tiga RUU berkenaan dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.
Chong berkata RUU Cap Dagangan 2019 bertujuan membolehkan individu atau syarikat perniagaan mendaftarkan bau, bunyi, bentuk dan warna sebagai cap dagangan berbanding sebelum ini di bawah Akta Cap Dagangan 1976 yang hanya tanda nama tradisional dibenarkan seperti nama, label, tandatangan, perkataan, huruf, angka atau apa-apa gabungannya.
RUU itu juga membolehkan harta intelek digunakan sebagai instrumen kewangan, selain menambah baik prosiding tindakan sivil dan jenayah serta penguatkuasaan yang lebih efektif dengan mewujudkan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.
Ia juga membolehkan Malaysia memenuhi kewajipannya di bawah Protokol Madrid berkenaan dengan Pendaftaran Antarabangsa bagi cap, serta mendapatkan semua kelebihan dan faedah yang diberikan oleh Protokol Madrid.
Mengenai Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2019 pula yang mencadangkan pemotongan seksyen tertentu dalam Akta Perihal Dagangan 2011, diluluskan tanpa bahas.
Sementara itu, ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019, Chong berkata ia antaranya bertujuan meningkatkan hukuman terhadap mana-mana orang yang gagal mematuhi 'award' dibuat Tribunal Tuntutan Pengguna.
Beliau berkata dari Januari hingga Mei tahun ini sebanyak 2,273 kes telah difailkan menerusi tribunal itu dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 1,462 kes telah diselesaikan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2019
Chong berkata RUU Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 antaranya bertujuan meningkatkan hukuman terhadap mana-mana orang yang gagal mematuhi 'award' dibuat Tribunal Tuntutan Pengguna. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Keputusan Mahkamah Belanda buktikan banyak tidak kena dengan award Kumpulan Sulu
Keputusan itu jelas memusnahkan kaedah tidak ortodoks award yang diberikan pada mulanya dan pelantikan penimbang tara yang dipertikaikan.
Pengguna boleh bawa kes ke mahkamah, selain TTPM - Rosol
Datuk Rosol Wahid berkata TTPM berfungsi sebagai platform alternatif kepada mahkamah sivil.
Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang
Ketiga-tiga RUU berkenaan dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.
Najib ucap tahniah kepada Heidy Quah terima Queen's Young Leaders Award
Usaha seorang anak muda Malaysia memperjuangkan isu pelarian yang membolehkan beliau menerima pengiktirafan antarabangsa diberi pujian oleh Perdana Menteri.
Grammy 2016: Ucapan Taylor Swift tamparan hebat terhadap kebiadaban Kanye West
Antara perkara yang menarik perhatian netizen di Anugerah Grammy ke-58 ialah ucapan yang disampaikan oleh Taylor Swift selepas memenangi anugerah kategori album terbaik melalui albumnya 1989.
Belia diingat jangan jadi 'macai' - Khairy
Para belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diingat agar jangan menjadi 'pak turut' atau 'macai' kepada pihak yang mengkritik atau memburukkan pihak lain.
Ambank menang anugerah Ketua Pegawai Kewangan terbaik
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan AmBank, Mandy Simpson, dipilih sebagai KPK Terbaik dalam majlis anugerah di Hong Kong pada Selasa.