KUALA LUMPUR:Persidangan Dewan Rakyat tidak akan ditangguhkan sehingga semua urusan peringkat jawatankuasa bagi Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 yang dijadualkan hari ini selesai. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan ia adalah bagi membolehkan urusan peringkat jawatankuasa RUU Perbekalan Belanjawan 2021 melibatkan Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi selesai. 

"Saya memohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini, tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi di peringkat jawatankuasa," katanya.

Usul itu disokong Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Lanjutan tempoh persidangan itu adalah bagi membolehkan pengundian peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021 dijalankan hari ini, selepas kelulusan Kementerian Luar.