Kementerian Dalam Negeri menyifatkan dakwaan kekurangan anggota polis di negeri Pulau Pinang sehingga menyebabkan masalah jenayah di negeri itu gagal dibendung adalah tidak tepat sama sekali.
Dalam Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas yang bermula pada hari ini di Parlimen, Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam soalan bertulisnya mempersoalkan mengapa bilangan polis yang terlibat dalam siasatan jenayah tidak ditambah kepada 50 peratus supaya pembanterasan jenayah dapat dilakukan.
Selain itu juga, beliau mempersoalkan mengenai kekurangan anggota polis di Pulau Pinang dimana beliau mendakwa terdapat 600 jawatan kosong dalam perkhidmatan polis terutama di Pulau Pinang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menjawab soalan yang diberikan kepada Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng itu berkata dari segi perjawatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, terdapat 5,650 jawatan.
“Daripada jumlah tersebut, 5,619 jawatan telah diisi dan kekosongan jawatan yang ada hanyalah sebanyak 31 jawatan dan bukanlah 600 jawatan seperti yang didakwa,” kata Zahid.
Beliau menambah dengan pengisian kesan dari pertukaran penjawatan ini, kerajaan akan melakukan sesuatu dengan langkah-langkah tertentu.
“Untuk cadangan penambahan anggota sebanyak 50 peratus di jabatan siasatan jenayah, ianya merupakan tidak praktikal untuk dilaksanakan memandangkan tugas pencegahan jenayah diletakkan di bawah bidag kuasa tugas am – di bawah jabatan pengurusan dimana Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah yang berada dalam kategori ini
Jabatan Siasatan Jenayah hanya menjalankan tugas untuk menyiasat kes-kes jenayah dan penguatkuasaan terhadap kes yang berunsur kes jenayah.
“Jumlah keanggotaan JSJ di peringkat negeri dan daerah akan ditambah apabila kertas siasatan pegawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat telah meningkat begitu ketara dan membebankan pegawai berkenaan,”
Kerajaan telah meluluskan 4,000 jawatan baru semenjak tahun lalu hinggalah 2015, bagi memperkasakan lagi perkhidmatan polis kepada masyarakat.
“Pertambahan perjawatan ini tidaklah termasuk kekosongan akibat persaraan, berhenti kerja dan dibuang kerja,” katanya lagi.
Aizat Sharif
Mon Sep 23 2013
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Jawatan dalam sektor ekonomi meningkat 1.5 peratus suku kedua 2024
Statistik itu diterbitkan berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas perniagaan berdaftar dalam sektor swasta.
Calon pemilihan UMNO diingat tidak mengharap dapat bertanding pada PRN - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para calon bagi pemilihan UMNO kali ini agar tidak meletakkan harapan untuk diletakkan sebagai calon pada PRN akan datang.
PAU2022: Asyraf tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO
Keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu menerajui kepimpinan parti.
New York cari pegawai mitigasi tikus, gaji AS$10,000 sebulan
Pengarah mitigasi tikus akan bekerja di bawah timbalan datuk bandar untuk operasi dan Pejabat Datuk Bandar.
Calon PM UK: Boris Johnson enggan sokong mana-mana pihak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson enggan menyokong mana-mana calon yang bertanding untuk menggantikannya.
Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.
Saya tiada jawatan dalam 1MDB - Jho Low
Jho Low berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan atau kewajipan fidusiari dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta empat anak syarikatnya.
Saya tolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu letak jawatan MP - Nazri
Nazri menjelaskan, beliau memutuskan untuk kekal sebagai ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
Jawatan di GLC bukan habuan untuk orang politik semata-mata - Jeniri Amir
Desakan banyak pihak agar menghentikan lantikan pemimpin politik yang tidak kompeten juga ada kewajarannya.