KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang usaha spesifik dilakukan oleh kerajaan untuk mempromosikan kaedah pertanian moden dalam kalangan pekebun kecil.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, sekiranya kumpulan tersebut dibiarkan dengan cara lama, mereka tidak akan dapat memajukan diri.
Sehubungan itu, Dr Mahathir menegaskan sukar untuk beliau menyatakan sokongan terhadap Belanjawan 2021 tanpa penjelasan berkenaan bagaimana kemiskinan kumpulan tersebut dapat diatasi.
"Mungkin kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah memikir dan melaksana cara-cara pertanian moden ini.
"Jika sudah ketepikan sahaja pendapat saya ini. Tetapi setakat saya tahu kebun kecil masih kecil dan peruntukan hanya untuk subsidi.
"Maka akan miskinlah pekebun kita selama-lamanya. Saya juga mempunyai idea berkenaan dengan menangkap ikan. Cara nelayan kita tangkap ikan akan meneruskan mereka sebagai golongan miskin.
"Nampak pendekatan kerajaan terhad kepada memberi elaun dan menambah elaun. Selain dari menambah elaun tak adakah cara untuk menambah pendapatan nelayan," katanya pada sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 Peringkat Jawatankuasan di Dewan Rakyat, di sini pada Rabu.
Tambah beliau, situasi itu akan menyebabkan kumpulan itu terus miskin dan bergantung kepada subsidi kerajaan.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, penambahan peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan daripada RM500 juta kepada RM1.4 bilion, adalah tidak mencukupi.
Sebaliknya, kata beliau apa yang perlu dilakukan adalah pendekatan untuk mengatasi kemiskinan para pekebun dan nelayan.
"Sebenarnya di Langkawi ternakan ikan amat berjaya. Laut Langkawi dilindungi oleh pulau-pulau dari angin kencang dan ombak tinggi. Banyaklah tempat yang sesuai untuk ternakan ikan dalam sangkar.
"Nelayan keseorangan tidak mungkin adakan perusahaan ini. Hanya syarikat atau koperasi sahaja yang mungkin," ujarnya.
Antara faktor pekebun kecil tidak maju, Jelas Dr Mahathir adalah kerana tanah yang dimiliki kumpulan tersebut terlalu kecil.
Justeru, beliau berpandangan untuk mengatasi masalah tersebut ladang-ladang kecil perlu digabung supaya menjadi estet yang bersaiz sekurang-kurangnya 1,000 ekar atau lebih.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 02 2020
Dr Mahathir menegaskan sukar untuk beliau menyatakan menyokong terhadap Belanjawan 2021 tanpa penjelasan berkenaan bagaimana kemiskinan kumpulan tersebut dapat diatasi. - Gambar fail
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.