Pekerja asing warga Bangladesh merupakan yang paling banyak menghantar wang keluar dari negara ini pada 2012.
"Jumlah wang yang dihantar keluar negara oleh pekerja asing melalui saluran kiriman wang yang sah untuk 2010 ialah RM13,414 juta, tahun 2011 ialah RM15,682 juta manakala pada 2012 pula ialah RM19,754 juta," kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari Isnin.
"Lima negara utama wang ‘remittance’ pada 2012 ialah Banglandesh (RM3,032 juta), India (RM2,956 juta), Nepal (RM1,990 juta), Indonesia (RM625.1 juta) dan Filipina (RM561.3 juta)," katanya.
Menurut Ahmad, sejak 2009 hingga 2012, aliran keluar wang negara telah berganda daripada RM10 bilion kepada RM20 bilion, hasil daripada peningkatan dalam penawaran perkhidmatan wang oleh pemberi perkhidmatan bukan bank yang sah.
"Sebagai sebuah negara yang mempunyai paras simpanan yang tinggi, Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada pembiayaan luar untuk menyokong fungsi ekonomi domestik.
“Kita mempunyai perdagangan dan sistem kewangan yang sangat terbuka serta asas-asas yang kukuh termasuk prospek pertumbuhan yang menggalakkan, dan pasaran modal asing,” kata Ahmad.
Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa aliran masuk turut didorong oleh pengembangan mudah tunai global, serta pasaran kewangan yang mendalam dan yang pelbagai telah dapat menyerap aliran masuk dengan kesan minimum terhadap ekonomi sebenar.
Menurutnya, Malaysia telah mengalami aliran keluar masuk modal secara sederhana mencerminkan pembalikan sebahagian daripada aliran masuk sebelumnya.
Namun, kata Ahmad, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa pembalikan modal turut dialami oleh kesemua ekonomi yang pesat membangun termasuk negara-negara serantau dan bukan khusus pada Malaysia sahaja.
Sebelum itu, Ko Chung Sen (DAP-Kampar) meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah wang yang dihantar keluar negara setiap tahun oleh pekerja-pekerja asing di Malaysia secara sah dan juga tidak sah serta ke negara mana wang itu dihantar.
Ko juga meminta kementerian tersebut menyatakan apakah kesan ke atas ekonomi negara daripada kehilangan modal ke negara-negara lain serta langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kehilangan modal sebegitu.
Jelas Ahmad, pembalikan dana ini mencerminkan jangkaan normalisasi dasar monetari dalam ekonomi maju terutama Amerika Syarikat.
Tambahnya lagi, setakat ini aliran keluar modal dari pasaran kewangan domestik telah berlaku secara teratur dan tidak menjejaskan ekonomi.
Haider Yutim
Mon Nov 11 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.
Hampir RM40 bilion diperuntuk bagi projek di Sabah - Ahmad Maslan
Kerajaan memperuntukkan hampir RM40 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur awam di Sabah termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A dan Fasa 1B.