KUALA LUMPUR:Sejumlah 30 usul daripada 25 ahli Dewan Rakyat diterima oleh Pejabat Dewan Rakyat setakat petang Jumaat.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, kesemua usul yang dikemukakan itu akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari bermula 2 November hingga 15 Disember ini.

Ujarnya, sesi sidang kali ini sudah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan oleh Setiausaha Dewan Rakat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Oktober 2020.