KUCHING: Walaupun terlepas peluang untuk membawa pulang pingat di temasya Olimpik Tokyo petang Khamis, Pamg Joheng tetap berbangga dengan pencapaian anaknya, Pandelela Rinong.
Menurut Pamg, temasya Olimpik 2020 sangat mencabar mental dan fizikal anaknya sepanjang acara itu bermula.
“Sebagai ayah Pandelela, semestinya saya berasa bangga kerana anak saya telah berjaya sampai ke peringkat Olimpik dan telah tercalon untuk saringan akhir bagi sukan terjun 10 meter.
“Tidak dinafikan bahawa temasya Olimpik kali ini sangat mencabar dari aspek mental dan fizikal Pandelela. Namun, saya percaya dia telah lakukan yang terbaik dan itu sudah memadai bagi saya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
BACA: Pandelela tidak patah semangat, mahu terus beraksi di Paris
Pada masa sama, Pamg juga berharap Pandelela akan terus fokus dalam kejohanan akan datang dan tidak berputus asa agar untuk membolehkan dirinya layak ke temasya Olimpik seterusnya.
Tambahnya, menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun sebagai ibu bapa, dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Pandelela.
“Saya selaku ayah Pandelela ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana Pandelela tidak dapat membawa pulang sebutir pingat bagi temasya Olimpik kali ini.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang selalu menyokong beliau selama ini,” katanya lagi.
Pandelela sebelum ini layak ke pusingan final bersama 11 penerjun terbaik selepas menamatkan saingan separuh akhir di tempat ketujuh dengan 315.75 mata selepas melengkapkan lima terjunan.
Pada aksi final di Pusat Akuatik Tokyo pada Rabu, Pandelela menamatkan saingan acara 10 meter platform wanita individu di kedudukan terakhir daripada 12 peserta.
Terjunan kurang kemas pada pusingan pertama menyaksikan Pandelela hanya meraih 18 mata, sebelum bangkit menampilkan aksi memuaskan dengan mengumpul 71.05 mata pada terjunan kedua.
Menerusi pusingan ketiga dia memperoleh 60.80 mata, diikuti 52.80 mata (terjunan keempat) dan menamatkan cabaran dengan mengutip 43.20 mata di terjunan kelima.
Secara keseluruhan anak kelahiran Sarawak ini mengumpul 245.85 mata selepas lima terjunan.
Pandelela sebelum ini pernah merangkul pingat perak menerusi acara 10 meter platform seirama bersama Cheong Jun Hoong pada Olimpik Rio 2016 dan gangsa menerusi 10 meter platform individu wanita pada Olimpik London 2012.
Munirah Mudzamli
Thu Aug 05 2021
Tambahnya, menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun sebagai ibu bapa, dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Pandelela. - Sumber foto: Pamg Joheng
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.
Pandelela terlepas kelayakan Olimpik acara 10m platform
Pandelela hanya menduduki tempat ke-29 dengan 231.15 mata, ketinggalan 204.05 mata di belakang juara dunia Chen Yuxi (435.20 mata).