RATA-RATA netizen tidak bersetuju jika kerajaan berhasrat untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes harian COVID-19 turun ke paras bawah 4,000 kes sehari.

 
Sumber Facebook astroawani

Mereka yang menyuarakan pendapat menerusi #DiariLockdown memberitahu, tindakan tersebut tidak menjamin keselamatan rakyat secara keseluruhan selain menyebabkan tempoh total lockdown terpaksa dipanjangkan lagi.

Seorang pengguna YouTube dikenali sebagai Boom McCondor berkata, SOP hanya boleh dilonggarkan dengan syarat-syarat tertentu terutama bilangan kes berada di bawah kawalan.


Kes perlu mencatat 500 sehari dan majoriti rakyat divaksin baharu SOP boleh dilonggarkan

Kata Ismail Sivam pula, pelonggaran SOP dibimbangi akan menyebabkan lebih ramai yang terkorban akibat jangkitan COVID-19.

Tempoh PKP 3.0 sedia ada ini wajar digunakan sebaik mungkin oleh kerajaan

Dalam nada yang sama, Zakwan Zainal berkata, kerajaan perlu berfikir sedalam-dalamnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana tindakan secara melulu boleh membebankan rakyat.

Pelonggaran SOP akan menyebabkan PKP 4.0 pula dikuatkuasakan seterusnya menyusahkan banyak pihak

Situasi yang sama di Twitter apabila ciapan pendapat masing-masing meminta supaya kerajaan tidak terburu-buru melonggarkan SOP.










BACA: Total lockdown: Kerajaan kaji semula SOP jika kes harian COVID-19 bawah 4,000 - Ismail Sabri

Ada juga yang mempertikaikan hasrat kerajaan itu kerana kluster COVID-19 ketika ini masih banyak dan aktif.


Dalam masa sama, di Facebook pula, Nadiya Ariffin berpendapat, SOP boleh dilonggarkan jika kes aktif mampu dibendung.

Pelonggaran SOP hanya akan menyebabkan barisan hadapan kesihatan terus terbeban

Bagi Rashid Rashid pula, pengumuman PKP akan terus berulang jika kerajaan melonggarkan SOP ketika kes jangkitan masih mencecah empat angka setiap hari.

Pemberian vaksin perlu dipertingkan jika kerajaan ingin meneruskan hasrat melonggarkan SOP

Mohd Adeli pula menjangkakan kes boleh melonjak lebih tinggi jika kerajaan meneruskan hasrat pelonggaran SOP ketika kes jangkitan masih tinggi.

Kes jangkitan COVID-19 boleh mencecah 10,000 sehari jika kerajaan bertindak melonggarkan SOP secara melulu