#DiariLockdown: Ramai akui terkesan dengan krisis COVID-19 yang melanda negara

Astro Awani
Jun 18, 2021 14:00 MYT
Ramai mengakui bahawa mereka terkesan sejak krisis COVID-19 yang melanda negara. - Gambar fail/BERNAMA
SEKITAR 600,000 isi rumah daripada golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40) susulan penularan wabak COVID-19.
Malah, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC) seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan untuk tahun 2019, turut menyatakan sekurang-kurangnya 8 peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.
Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda reaksi orang ramai berhubung apa yang dinyatakan oleh laporan ini.

#DiariLockdown/ Hari ke-18 Sekitar 600,000 isi rumah daripada golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis COVID-19 Ada tak anda di luar sana menerima nasib sama? Kongsi reaksi anda#AWANInews pic.twitter.com/d87CxJxSx3

— Astro AWANI (@501Awani) June 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kata pengguna laman Facebook, Mohd Salim NY, dia terpaksa tutup kedai makan miliknya kerana ketiadaan pelanggan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan.
Dia juga berkata bahawa dia kehilangan punca pendapatan kerana menanggung kerugian yang besar.
Begitu juga Ewan Apache yang mengakui bahawa dia kini berdepan dengan bebanan hutang yang semakin bertambah.
Kata Jo Jusoh, pendapatannya berkurangan sehinggakan tidak mampu membayar sewa rumah selain masalah motosikalnya yang rosak mengeruhkan lagi keadaannya.
Selain itu, Adam Izham pula berdepan dengan masalah kos sara hidup seperti sewa rumah selepas kehilangan kerjanya.
Kata Ahmad Syafiq pula, dia kini sudah dua bulan tidak bekerja.
Malah, gerarde john yang bekerja sebagai pemandu e-Hailing juga turut terkesan kerana pendapatannya turun mendadak selepas kerajaan melaksanakan PKP.
Manakala di laman YouTube, Azd Sil berkata pemberian i-Sinar 2.0 wajar dilaksanakan semula untuk membantu mereka yang memerlukan..
#DiariLockdown #media sosial #YouTube #Facebook #ekonomi #COVID-19 #perintah kawalan pergerakan #PKP #reaksi #rakyat #terkesan #krisis