KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang membangunkan tiga sistem secara dalam talian untuk membantu pengurusan sekolah dan memudahkan tugas guru.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata sistem berkenaan melibatkan sistem penyusunan jadual pembelajaran, sistem pengurusan utiliti dan sistem pelaporan pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru.
Menurut beliau, selaras dengan digitalisasi, KPM perlu mengambil peluang untuk menambah baik sistem pengurusan dan kecekapan sumber selain mentransformasikan pedagogi pendidikan negara menjadi lebih menarik.
"Untuk sistem pengurusan utiliti, kami sudah dalam peringkat akhir dan ada prototaip telah siap... Ada lagi penambahbaikan perlu dibuat dan kami harap tahun ini sistem tersebut dapat digunakan.
"Bagi sistem penjadualan waktu pembelajaran, kami dapati ada sekolah yang buat secara manual dan ada juga sekolah beli sistem dari vendor luar...kami sedang bangunkan sistem itu untuk kegunaan sekolah seluruh negara dan harap boleh digunakan secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Anugerah Penggunaan Digital dan Teknologi (DUTA) 2021, di Bukit Kiara di sini hari ini.
Jelasnya, sistem berkenaan dalam proses libat urus dengan pemengang taruh termasuk pihak pengurusan sekolah bagi memastikan sistem berkenaan menepati keperluan untuk menyusun jadual pembelajaran murid.
Menurut Radzi, sistem pelaporan PdP pula bagi menyelaraskan dan memudahkan guru menghantar data kepada satu platform yang boleh diakses daripada pelbagai peringkat.
Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata pendidikan berasaskan digital bukan lagi pilihan sebaliknya keperluan selaras dengan perkembangan revolusi industri 4.0 (IR4.0) selain melahirkan murid dan generasi fasih digital.
"Kami mahu melahirkan murid yang fasih digital dan mampu bersaing mengikut keperluan semasa. Melalui pendidikan digital kita mampu menambah baik pedagogi pendidikan.
"Guru mahir bidang digital mampu menghasilkan pendekatan pedagogi pendidikan lebih menarik selaras perkembangan IR 4.0," katanya.
Turut hadir di DUTA 2021, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar Dan Kurikulum) Datuk Pkharuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Shaiful Hasnan Abdul Hamid.
DUTA adalah acara tahunan untuk mengiktiraf usaha serta komitmen guru dan murid dalam menjayakan inisiatiaf pendidikan digital selain melahirkan murid fasih digital.
Sebanyak 19 kategori menerusi tiga anugerah utama dipertandingkan iaitu Anugerah Pendidikan Digital, Anugerah Pengkarya Guru dan Anugerah Pusat Sumber Sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata sistem berkenaan melibatkan sistem penyusunan jadual pembelajaran, sistem pengurusan utiliti dan sistem pelaporan pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru. - Gambar fail/Astro AWANI
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
6,034 guru lantikan kontrak ditempatkan di sekolah KPM
Seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.
KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.
KPM cadang perluas sekolah K9, K11 tahun ini
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang meningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun ini.
Sekolah padat: KPM rangka intervensi jangka panjang, pendek - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
KPM, agensi perlu mampu atasi keciciran pelajaran tanpa bergantung kepada orang politik - Penganalisis
KPM dan agensi-agensi di bawahnya perlu mampu bertindak sendiri dengan menggunakan data-data sedia ada untuk mengatasi isu keciciran pelajaran.