BUKIT MERTAJAM: Seramai 16 individu dikompaun masing-masing RM2,000 selepas didapati 'dine in' melebihi masa yang ditetapkan di sebuah premis makanan di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.
Pemilik premis makanan tersebut juga turut menerima nasib serupa apabila dikompaun RM10,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kesemua mereka dikompaun semasa polis melakukan pemeriksaan di premis itu kira kira jam 11.30 malam Rabu.
"Mereka yang dikompaun ialah 16 pengunjung lelaki manakala seorang wanita iaitu pengusaha premis ditahan kerana melanggar SOP apabila makan di kedai yang beroperasi melebihi masa ditetapkan.
"Mereka melakukan aktiviti terlarang di bawah Peraturan 26 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPBB) (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (PPN) SOP Fasa 2 2021," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Berikutan itu, Shafee menasihati orang ramai supaya terus mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa PKP 3.0 dan pihaknya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada pengusaha premis makanan dan orang ramai yang melanggar SOP.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Aug 26 2021
Seramai 16 individu dikompaun masing-masing RM2,000 selepas didapati 'dine in' melebihi masa yang ditetapkan di sebuah premis makanan di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam. - Gambar hiasan
Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.
Pelepasan misi kemanusiaan Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla
Aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia bakal berkumpul di Istanbul, Turki pada 18 April ini (Khamis) untuk terlibat dalam persiapan akhir sempena misi Break The Seige of Gaza Freedom Flotilla.
Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Untuk perkembangan lanjut, kita bersama rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham.
Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Untuk perkembangan lanjut, kita bersama rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham.
TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga
Mendiang Joseph Kurup disifatkan seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Tiada vaksin, tiada 'dine-in' di semua fasa PPN - Khairy
Jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, kebenaran makan di restoran masih terhad kepada individu lengkap vaksin.
'Dine in' lebih masa, 17 individu termasuk pemilik premis makanan dikompaun
Seramai 16 individu dikompaun masing-masing RM2,000 selepas didapati 'dine in' melebihi masa yang ditetapkan di sebuah premis makanan di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.
Kes COVID meningkat: Larangan 'dine-in', perniagaan ditutup awal di zon selatan Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti 'dine-in' di zon selatan negeri itu susulan peningkatan kes COVID-19.
Hanya pelanggan vaksinasi lengkap boleh 'dine in' di kedai makan Labuan
Peraturan baharu itu sangat membantu pasukan petugas COVID-19 Labuan mengekang penyebaran wabak tersebut.
PPN: Kebenaran dine-in antara cadangan KPDNHEP kepada MKN
Ia sebahagian langkah memulih dan merancakkan semula sektor yang terkesan akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.
Tiada kompaun bagi aktiviti 'dine-in' di Kota Kinabalu - Datuk Bandar
Individu yang terlibat dalam aktiviti dine in di restoran dan premis menjual makanan di Kota Kinabalu tidak akan dikenakan kompaun.
COVID-19: Larangan makan dalam premis bermula esok di Sabah
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri hari ini memutuskan larangan makan di dalam premis makanan bermula esok hingga 2 Jun.
Perkhidmatan 'park-and-dine' dalam kereta langgar SOP - Polis Sarawak
Polis Sarawak memandang serius mengenai inisiatif baharu pengusaha makanan yang menyediakan perkhidmatan park-and-dine dalam kenderaan di negeri itu.
PKP: 'Dine-in', bufet Ramadan di Selangor tidak dibenar mulai esok
Semua 'dine-in' dan bufet Ramadan di hotel dan restoran tidak dibenarkan mulai esok di Selangor.
Kerajaan akan sentiasa teliti kebenaran teruskan perniagaan - Mohd Redzuan
Kebenaran kedai makan beroperasi secara dine-in atau makan di kedai yang dikeluarkan MKN akan sentiasa diteliti demi membantu meningkatkan ekonomi negara terutama ketika pandemik.