AYER KEROH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menganggap perlantikannya sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sebagai penghormatan kepada wanita terutama golongan muda.
Khaidhirah atau lebih mesra disapa Dira berkata, peluang yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan beliau berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh amanah.
"Saya menganggap ini satu penghormatan untuk mengangkat pemimpin-pemimpin wanita muda di Melaka ini dan ini adalah peluang diberikan untuk saya jalankan tanggungjawab sebaiknya,
"Saya juga akan menggalas tanggungjawab ini dengan baik, saya mahu memberi satu aspirasi pemimpin wanita muda di luar sana bahawa apa juga kemungkinan boleh berlaku," katanya.
BACA: Dira dilantik Timbalan Speaker wanita pertama DUN Melaka
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama DUN Melaka di Kompleks Seri Negeri, di sini, pada Isnin.
Sidang DUN hari ini sebulat suara memilih Dira sebagai Timbalan Speaker DUN Melaka.
Perlantikan itu sekali gus menyaksikan Dira menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan itu.
Dira mula menjadi wakil rakyat selepas kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November lalu dan memenangi kerusi DUN Rim.
Mula bergiat aktif dalam dunia politik sejak 2015, beliau juga merupakan pemegang Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Dec 27 2021
Dira berkata, peluang yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan beliau berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh amanah. - Gambar/ IG diraabuzahar
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dira anggap pelantikan sebagai Timbalan Speaker DUN penghormatan buat wanita
Dira berkata, peluang yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan beliau berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh amanah.
PRN Melaka: 'Ada yang fikir apa saya buat semua lakonan' - Dira
Beliau mengakui bukan mudah untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang dimenangi BN sebelum ini.
Beri respon terhadap twit 'Liverpool kalah' Syed Saddiq, tindakan Dira dikritik
Pelakon dan Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar dikritik netizen selepas memuat naik twit sindiran terhadap status Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.