Djokovic atasi rekod Federer sebagai pemain nombor satu paling lama

Astro Arena
Mac 9, 2021 03:16 MYT
Djokovic telah memenangi 18 gelaran Grand Slam dan kurang dua berbanding Federer. - Gambar fail/AP
NOVAK DJOKOVIC mencipta sejarah selepas memecahkan rekod Roger Federer sebagai pemain nombor satu dunia dalam minggu paling banyak saingan Jelajah ATP.
Djokovic mengatasi rekod Federer selepas memulakan minggu ke-311 sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking pemain lelaki semalam.
Bintang Serbia itu kembali merampas kedudukan nombor satu dunia daripada seorang lagi pemain bintang, Rafael Nadal, pada Februari 2020 dan menamatkan tahun itu sebagai pemain bombor satu dunia buat kali keenam -- menyamai rekod yang pernah dilakar Pete Sampras.
Djokovic, yang kali pertama menduduki ranking nombor satu dunia ada Julai 2011, meraikan satu lagi rekod baharu ketika meraih gelaran kesembilan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia di Melbourne Park bulan lalu.
Dengan Federer sudah menjangkau usia 40 tahun dan Nadal tua setahun daripada Djokovic, pemain berusia 33 tahun itu masih mempunyai masa untuk mencipta lebih banyak sejarah.

The record for most weeks at No.1 now belongs to @DjokerNole The Serbians next goal? Surpassing the all-time mens singles Grand Slam mark of 20 shared by Federer and Nadal. #AusOpen pic.twitter.com/33UTEB5D9q

— #AusOpen (@AustralianOpen) March 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Djokovic telah memenangi 18 gelaran Grand Slam dan kurang dua berbanding Federer -- yang akan kembali dalam saingan ATP di Qatar minggu ini -- dan Nadal.
Federer kini berada di ranking keenam selepas tidak beraksi secara kompetitif sejak Terbuka Australia 2020.
Nadal pula kekal di tangga kedua dan berkemungkinan akan dipintas naib juara Terbuka Australia, Danill Medvedev, dalam ranking terbaru yang akan dikeluarkan pada 15 Mac ini.
#Roger Federer #Rafael Nadal #Grand Slam #Australia #Melbourne #Novak Djokovic