Polis mengesahkan dua wanita dan dua lelaki adalah antara 22 rakyat Malaysia yang berada di Syria yang dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata berdasarkan maklumat risikan, dua daripada mereka merupakan pasangan berusia 23 dan 29 tahun berasal dari Selangor dan Terengganu.
Beliau berkata seorang lagi wanita rakyat Malaysia yang terbabit merupakan seorang doktor berusia 26 tahun yang berkahwin dengan anggota kumpulan militan IS.
Sementara seorang lagi merupakan lelaki Malaysia berusia 35 tahun yang pergi ke Syria bersama isterinya yang berumur 46 tahun, seorang warganegara asing," katanya kepada Bernama.
Mengulas mengenai kenyataan doktor wanita itu melalui Facebook ‘Diary of a Muhajirah’ yang cuba mempengaruhi wanita tempatan menyertai militan IS, Ayub Khan berkata kenyataan itu adalah membimbangkan, memandangkan pengaruh melalui laman sosial adalah terlalu kuat.
"Kita sedang kenal pasti identiti, latar belakang serta maklumat keluarga wanita ini. Kita juga akan siasat bagaimana dia boleh terpengaruh untuk ke sana (Syria).
"Memang ada daya tarikan kuat sebab mereka boleh menggunakan Facebook untuk menarik wanita khususnya gadis tempatan dengan begitu mudah. Mereka boleh berkongsi gambar kononnya penginapan serta makanan disediakan dan pergi ke sana hanya untuk berjihad bersama mujahiddin.
"Dengan berkahwin dengan anggota IS, mereka dianggap turut mendapat pahala berjihad dan dapat menambahkan zuriat mujahiddin,” katanya.
Doktor wanita itu juga dikesan aktif memuat naik status mengenai pengalamannya serta memberikan petua kepada sesiapa yang merancang untuk mengikutinya bagi memudahkan pergerakan mereka, melalui Tumblr dan Twitter.
Selain itu, Ayub Khan berkata terdapat juga kegiatan mengeksploitasi wanita dan gadis untuk dijadikan hamba seks kumpulan militan itu.
Bagaimanapun setakat ini ia tidak melibatkan rakyat Malaysia, katanya.
Media tempatan sebelum ini memetik laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu bahawa pada bulan lepas sahaja, kira-kira 1,500 wanita dan kanak-kanak perempuan telah dipaksa kumpulan militan berkenaan untuk dijadikan hamba seks.
Sejak operasi khas ke atas anasir militan dilancarkan Bahagian Counter Terrorism pada 28 April lepas sehingga setakat ini bulan ini, sebanyak 22 individu telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan militan itu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kumpulan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hazil Azhar di talian 03-22665673 atau menerusi e-mel kepada [email protected].
Bernama
Sat Oct 04 2014
Polis mengesahkan dua wanita dan dua lelaki antara 22 rakyat Malaysia yang dipercayai terbabit dengan kumpulan militan IS.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Remaja terpengaruh dengan militan Daish, serang wanita di Kedah
Remaja lelaki berusia 16 tahun itu berpakaian seperti anggota militan Daish dan menggunakan pisau untuk menakutkan mangsa di sebuah pasar raya di Sungai Petani semalam.
Kerajaan lantik 24 pakar rujuk deradikalisasi, antikeganasan
Kerajaan melantik 24 pakar rujuk deradikalisasi dan antikeganasan tempatan untuk membantu menangani isu radikalisme dan sikap militan secara holistik di peringkat nasional dan global.
Militan IS terima dana AS$80 juta sebulan
berdasarkan analisis IHS Inc, 50 peratus sumber pendapatan IS adalah daripada aset rampasan dan pungutan cukai di wilayah-wilayah jajahan mereka.
Thailand diberi amaran tentang ancaman IS, empat warga Syria diburu
Walau Rusia memberi amaran ancaman IS, pihak berkuasa Thailand jelaskan empat lelaki berkenaan diburu hanya kerana tinggal di negara itu lebih daripada tempoh visa.
Dua militan terbunuh, polis Perancis giat operasi buru dalang
Dua suspek pengganas yang berkurung dalam sebuah apartmen di bahagian utara Paris terbunuh dalam satu serbuan polis pada Rabu.
Istilah baharu ini membuatkan militan IS mahu potong lidah anda
Istilah 'Daesh' daripada akronim frasa Arab dikatakan mempunyai maksud yang mempersenda dan merendah-rendahkan aspirasi kumpulan itu.
Pemimpin negara, serantau pernah terima ancaman militan IS - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan perkara tersebut melalui laporan yang diterimanya dan perkara itu telahpun sebelum ini dimaklumkan kepada orang ramai.
Ada usaha rekrut pensyarah sebagai anggota IS - Nur Jazlan
Kumpulan militan itu menjadikan negara seperti Malaysia dan Indonesia sebagai pusat merekrut pensyarah yang mahir dalam persenjataan dan letupan.
Malaysia tidak akan biarkan keganasan berlaku - Ahmad Zahid
Malaysia tidak pernah bertolak ansur dengan keganasan sama ada di dalam atau luar negara dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membanterasnya.
Tanggungjawab Jakim turut mencakupi isu global termasuk IS dan Syiah
Jakim berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda menggugat kedudukan Islam di negara ini.