KUANTAN: Seorang doktor wanita berputih mata apabila kerugian RM100,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan menyamar sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, wanita berusia 28 tahun itu dihubungi 'pegawai' LHDN memaklumkan dia terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Menurutnya, mangsa selanjutnya dirujuk kepada seorang pegawai polis melalui sambungan talian telefon dan hasil semakan, dia kononnya tersenarai sebagai individu dikehendaki yang bakal disenaraihitamkan.
"Mangsa diarahkan membuka akaun bank baharu dan menyerahkan nombor kad bank dan nombor pin kepada suspek.
"Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuat bayaran RM100,000 bagi tujuan pembayaran proses pelepasan senarai hitam.
"Bimbang berdepan tindakan undang-undang, mangsa yang panik akur dan menuruti semua arahan suspek," katanya.
Yahaya berkata, suspek turut mengarahkan mangsa merakam gambar 'selfie' dan menghantar kepadanya setiap dua jam sehingga proses selesai.
"Setelah bayaran dibuat, mangsa menyedari telah ditipu dan membuat laporan polis di sebuah balai di Temerloh," katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah berkongsi maklumat peribadi seperti nombor akaun dan sebagainya terutama kepada individu tidak dikenali atau meragukan.
"Buat semakan nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan melalui Check Scammers CCID atau melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi atas talian," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 18 2023
Wanita berusia 28 tahun itu dihubungi 'pegawai' LHDN memaklumkan dia terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram. -Gambar hiasan
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
Kaspersky beri amaran tawaran Telegram Premium palsu
Kaspersky memberi amaran mengenai tawaran Telegram Premium palsu yang tersebar di seluruh dunia dengan tujuan mencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti.
Pengurus kilang rugi lebih RM940,000 terpedaya pelaburan dalam talian
Wanita berusia 53 tahun itu ditawar pelaburan dalam bidang perhotelan dengan pulangan tinggi, mudah dalam jangka masa singkat oleh individu tidak dikenali.
TPM Fadillah nasihat masyarakat tingkat ilmu, kemahiran teknologi elak ditipu
Masyarakat perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran tatkala beralih kepada penggunaan teknologi tinggi bagi setiap urusan harian mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Warga emas rugi hampir RM300,000 ditipu tawaran kerja dalam talian
Mangsa seorang wanita 71 tahun ditawar kerja sambilan dengan menjual barangan dalam talian dan dijanjikan komisen sebanyak 15 peratus.
Waspada taktik baharu 'scammer' beri diskaun bil elektrik - Polis
Suspek meminta mangsa menghantar gambar salinan bil elektrik melalui telefon dan kemudian suspek menghantar semula gambar resit pembayaran kononnya bayaran sudah dijelaskan.
Bekas jururawat hilang RM1.9 juta diperdaya skim pelaburan palsu
Mangsa melakukan 19 transaksi pindahan wang ke pelbagai akaun dibekalkan sindiket sebelum menyedari ditipu.
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
Ketua Biro Aduan Awam PN terima ugutan bunuh
Ketua Biro Aduan Awam Perikatan Nasional (PN) Johor, Lim Thow Siang mendakwa meneriman ugutan tembak oleh sekumpulan 'scammer'.