BERLIN:Muzium lilin Madame Tussauds di Berlin, Jerman mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian umum sekali gus menyampaikan mesej khusus terhadap Donald Trump.
Pada Jumaat, figura bintang televisyen yang menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang siap berpakaian sut penuh itu 'dihumban' ke dalam sebuah tong sampah besar, dipercayai untuk mencerminkan senario pilihan raya presiden AS yang semakin hampir, lapor Reuters.
Dalam susun atur yang menambahkan penghinaan, patung lilin pemimpin terdahulu daripadanya, Barack Obama, serta figura Canselor Jerman Angela Merkel, didirikan berdekatan dalam gaya yang kemas serta segak.
"Aktiviti hari ini adalah suatu perlambangan watak menjelang pilihan raya di Amerika Syarikat. Kami di Madame Tussauds Berlin mengubah kedudukan patung lilin Trump sebagai langkah persediaan," ujar Pengurus Pemasaran muzium itu, Orkide Yalcindag.
Selama beberapa bulan, Trump berada di belakang pencabar Demokratik Joe Biden dalam undian pendapat umum. Itu terjadi berikutan rasa tidak puas hati banyak pihak mengenai cara pemimpin itu menanganu isu pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, data terkini menunjukkan Trump memperoleh sokongan kuat di beberapa negeri utama.
Pameran di Madame Tussauds juga memiliki figura lilin beberapa Presiden AS yang terdahulu, namun apapun keputusannya nanti dalam pilihan raya, akan menentukan 'nasib' Trump yang berada di dalam tong sampah itu.
Agensi
Sat Oct 31 2020
Patung lilin Trump di di sebuah muzium di Berlin ini diletakkan di dalam tong sampah oleh kurator. - Reuters
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Muzium patung lilin Madame Tussauds dibuka di Dubai
Pihak pengurusan telah membuat pemilihan tentang personaliti yang relevan dan popular di rantau itu.
'Donald Trump' masuk tong sampah sebelum pilihan raya AS bermula
Susun atur itu dipercayai untuk mencerminkan senario pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang semakin hampir.
Kebakaran tidak jejas tarikan ke i-City - Pemaju
Kerja-kerja mengganti dan membina semula 10 buah patung lilin yang musnah akibat kebakaran itu sedang giat dijalankan.
Muzium Lilin sasar 30,000 pengunjung sebulan
Syarikat itu yakin mencapai sasaran itu kerana i-City pada masa ini telah berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.
Muzium lilin pertama Asia Tenggara akan dibuka di i-City
Orang ramai berpeluang menyaksikan secara dekat ikon terkenal dunia apabila muzium lilin yang pertama di Asia Tenggara dibuka di negara ini.