Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong tidak bermotifkan politik.

Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon berkata ia sebaliknya adalah lebih kepada hubungan seorang pemimpin dengan rakyat.

Chow turut berkata bahawa kehadiran Najib dapat mengeratkan perpaduan selain mengukuhkan kepercayaan kepimpinan semangat satu malaysia.

Pengerusi Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia itu juga optimis bahawa lawatan bersejarah ini secara tidak langsung mengangkat kedudukan Najib di mata masyarakat Tiong Hua.

“Ini adalah kali pertama seorang pemimpin kerajaan kanan mengunjung kami semenjak Dong Zong ditubuhkan 58 tahun yang lepas,” kata Chow lagi.

Meskipun pertemuan itu tidak disusuli dengan sebarang ucapan mahupun pengumuman, Dong Zong tidak menyifatkan majlis tersebut sebagai gagal.

“Ya, memang tidak ada ucapan atau pengumuman tetapi upacara ini masih percaya. Ini adalah permulaan yang baik.”

Tambahnya, perjumpaan singkat itu antara lain membayangkan pertemuan susulan antara Dong Zong dan Najib bagi membicangkan soal pendidikan komuniti Cina.