KUALA LUMPUR: Pemberian dos ketiga dan penggalak akan mula diberikan kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi bermula minggu hadapan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pemberian dos vaksin berkenaan akan bertumpu kepada golongan terbabit dahulu sebelum diteruskan kepada rakyat kebanyakan.

Dalam temu bual Agenda AWANI Eksklusif bersama Menteri Kesihatan sebentar pada Ahad, Khairy turut menjangkakan 80 peratus remaja lengkap divaksin menjelang akhir bulan ini

Dos penggalak akan mula diberi minggu hadapan - KJ


Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19, Pfizer BioNTech, bagi golongan berusia 18 tahun ke atas.

BACA: Penggunaan dos penggalak Comirnaty diberi kelulusan bersyarat - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pemberian dos vaksin berkenaan akan dibuat sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua.

Khairy sebelum ini telah mengesyorkan kepada kerajaan untuk membenarkan penggunaan kaedah campuran vaksin atau heterologi bagi pemberian suntikan penggalak COVID-19.

Jelasnya, perbincangan berhubung perkara itu telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

BACA: Ada beza dos ketiga dan dos penggalak - Khairy