KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab bola Sepak Selangor (Selangor FC) susulan penswastaan pasukan Liga Super negeri berkenaan pada Selasa.
FAS dalam satu kenyataan memaklumkan Ketua Unit Pertandingan FAS, Muhammad Izrin Nabil pula dilantik sebagai Setiausaha Agung FAS yang baharu selepas proses pemisahan entiti pasukan Selangor daripada Persatuan Bola Sepak kepada Kelab Bola Sepak selesai dijalankan semalam.
"Beliau (Muhammad Izrin) berpengalaman luas dalam menguruskan program pembangunan dan pertandingan liga di bawah FA Selangor, di samping peranan mengangkat liga amatur seperti Liga Juara-Juara Selangor ke satu tahap yang baharu," jelas kenyataan tersebut.
FAS turut memaklumkan SFC bakal diuruskan oleh sebuah entiti baharu iaitu Red Giants FC Sdn Bhd., dan dimiliki oleh beberapa pemegang saham termasuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku pemegang saham utama, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Incorporated (MBI) dan FAS.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa Tengku Amir Shah kekal sebagai Pengerusi SFC serta Presiden FAS walaupun dua entiti berkenaan diuruskan oleh individu yang berbeza.
Penswastaan skuad Liga Super Selangor sebagai sebuah kelab bola sepak profesional telah diluluskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasmi pada 29 Sept lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Johan pada satu sidang media di Shah Alam, 25 Ogos, 2020. -- Gambar fail BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Permohonan batal pertuduhan perlu dibuat di Mahkamah Jenayah bukan sivil - SFC
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa permohonan Tun Daim Zainuddin dan isterinya untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta sepatutnya dibuat di Mahkamah Jenayah.
Polis masih siasat kematian model Belanda, Ivana Smit - SFC
Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Norfauzani Mohd Nordin, mewakili pihak defendan, berkata masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
Penduduk setempat dilantik renjer kehormat kawal selia Gunung Tabai
Penduduk setempat akan dilantik sebagai renjer kehormat di Taman Negara Dered Krian, Gunung Tabai Bau dalam usaha mengawal selia kawasan larangan itu.
Import hidupan liar diharamkan di Sarawak - SFC
Langkah itu bertujuan melindungi spesies hidupan liar berasal dari Sarawak dari ancaman.
Dr Johan Kamal dilantik sebagai CEO Selangor FC
SFC bakal diuruskan entiti baharu iaitu Red Giants FC Sdn Bhd dan dimiliki beberapa pemegang saham termasuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah selaku pemegang saham utama.
Hanya penduduk asli dibenar memburu untuk kegunaan sendiri, bukan diperdagang - SFC
Penjualan hidupan liar dan spesis yang tidak dilindungi adalah tidak dibenarkan seperti termaktub di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.
Kelahiran Marco satu kejayaan dalam pembiakan haiwan terlindung
Burung Enggang yang dilahirkan di Rizab Semulajadi Piasau ini merupakan satu kejayaan dalam kitaran ketujuh pembiakan haiwan liar ini.
Dua ekor kucing hutan disembunyi dalam tandas dirampas
Dua ekor kucing hutan jenis 'Flat Headed Cat' dianggarkan bernilai RM50,000 dirampas dalam satu serbuan oleh Batalion 11 Pasukan Gerakan Am, Kuching di Bau, semalam.
"Ular sawa setengah tan meluru ke arah kami... Kami terpaksa..."
Seekor ular sawa berukuran sembilan meter dengan anggaran berat lebih setengah tan terpaksa dibunuh kerana dikhuatiri mengancam nyawa sekumpulan petugas kaji bumi.
Tenggiling akan dilindungi sepenuhnya di Sarawak
Tenggiling antara mamalia yang sering dirampas daripada urus niaga haram hidupan liar di Asia dan kini diambang kepupusan.