Dr Mahathir bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang

Bernama
November 13, 2018 01:47 MYT
Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri bergambar dengan Orkid yang diberi nama 'Dendrobium Mahathir Siti Hasmah' di The Istana, Singapura, 12 Nov, 2018. --fotoBERNAMA/Fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kepulangan penuh nostalgia ke alma mater beliau - Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Nasional Singapura (NUS).
Di universiti itu, beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang.
Kemudian, pada tengah hari, Perdana Menteri juga akan dianugerahkan Penaung kehormat oleh Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN.
Dr Mahathir juga dijadual menghadiri majlis makan tengah hari oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Singapura selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Perdana Menteri kemudian akan menyertai rakan sejawatannya dari ASEAN untuk upacara pembukaan rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.
Dr Mahathir juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini.
-- BERNAMA
#ASEAN #Doktor Undang-undang #Goh Chok Tong #Ijazah Kehormat #Kolej Perubatan King Edward VII #Mahathir Mohamad #Penaung kehormat #Sidang Kemuncak ASEAN #Singapura #Universiti Nasional Singapura