Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'

Astro Awani
April 17, 2024 10:58 MYT
Menurut Mahathir, proses tersebut memerlukan penyelidikan besar-besaran terhadap semua transaksi dalam tempoh 40 tahun yang lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk 'mengancam rakyat'.
Dr Mahathir berkata, ancaman dibuat kepada mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan yang dibuat oleh kerajaan menerusi mahkamah.
Menerusi hantaran terbaharu di media sosialnya, Dr Mahathir mendakwa tuntutan yang dibuat terhadap mereka yang didakwa di mahkamah sukar dipatuhi.
Katanya, proses tersebut memerlukan penyelidikan besar-besaran terhadap semua transaksi dalam tempoh 40 tahun yang lalu.
"Kebanyakan orang tidak menyimpan rekod aktiviti mereka dalam tempoh masa yang panjang itu.

1. We believe in the rule of law. We assume that laws are made to protect us. But now we see laws being used to threaten us. 2. The Government authority simply states that failure to obey its instruction can result in being

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tetapi, kegagalan untuk melaporkan sebarang tindakan boleh ditafsirkan sebagai sengaja menahan maklumat.
"Ia boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang mahal dan berpanjangan. Ia boleh mengakibatkan penjara. Itulah ancamannya," katanya.
Mahathir, yang kecundang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), di kerusi Parlimen Langkawi mendakwa apabila undang-undang digunakan untuk mengancam rakyat, ia menjadi zalim.
#Mahathir Mohamad #undang-undang #mengancam rakyat #sistem perundangan dan demokrasi