Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Pimpinan Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, di sebuah hotel, di Senai, dekat sini malam ini.
Ketibaan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu pada 9.20 malam itu disambut Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang.
Turut hadir pada perjumpaan tertutup itu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Maszlee Malik.
Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) turut menghadiri taklimat tertutup IRDA di hotel sama.
Taklimat berhubung perkembangan kawasan wilayah Iskandar Malaysia itu disampaikan Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim.
Turut hadir pada taklimat bermula 8 malam berkenaan, Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Bersama IRDA Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan Johor yang juga Ahli Lembaga IRDA Datuk Azmi Rohani.
BACA: Dr Mahathir ajak semua parti Melayu bergabung bawah satu parti
Petang tadi, Dr Mahathir turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna, Johor Jaya, dekat Johor Bahru.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019
Dr Mahathir menghadiri Taklimat Khas Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di sebuah hotel di Kulai, hari ini. --fotoBERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Bersatu Johor tolak pencalonan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Penolakan itu dibuat kerana mempertahankan pendirian parti itu yang tidak mendukung pemimpin integritinya diragui.
Slim Memilih: Bersatu Johor tiada kuasa ambil tindakan ke atas Osman Sapian
Tular video yang menunjukkan Osman sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika PRK DUN Slim.
Dr Mahathir hadiri perjumpaan tertutup bersama Pimpinan Bahagian Bersatu Johor
Ketibaan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu pada 9.20 malam itu disambut Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang.
Tolak tawaran jawatan Setiausaha Bersatu Johor: Dr Sahruddin kunci mulut
Katanya, selaku menteri besar, beliau hanya menumpukan perhatian terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
MB Johor 'kunci mulut' isu memorandum Bersatu
Dr Sahruddin sekadar menyatakan hanya maklum mengenai pertemuan itu, namun, enggan mengulas lanjut isi kandungan memorandum itu.