Naib Presiden PAS Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan.
Beliau berkata adalah tidak wajar untuk bekas perdana menteri itu memberi kata dua kepada PAS untuk menyatakan keputusan dalam tempoh sebulan.
Menurutnya proses membuat keputusan berhubung perkara tersebut merupakan sesuatu yang besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk dibincangkan.
"Dr Mahathir hendaklah hormat dengan PAS dan jangan buat PAS seperti budak-budak, tindakannya memberi amaran merupakan sikap tidak baik.
"Kami dah lama jadi pembangkang 22 tahun (dari) zaman beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri," katanya dalam sidang media selepas Ceramah Mega RoadShow 355 peringkat negeri di Markas PAS Bukit Chempedak, dekat sini malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang memberi tempoh sebulan kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan atau tidak.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata lebih 100,000 anggota PAS dijangka menyertai himpunan bagi memberi penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) 1965 atau Akta 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Feb ini.
"Himpunan itu sebagai tanda sokongan masyarakat Islam terhadap pindaan akta itu bagi memperkasa mahkamah syariah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2017
Idris berkata adalah tidak wajar untuk bekas perdana menteri itu memberi kata dua kepada PAS untuk menyatakan keputusan dalam tempoh sebulan. - Gambar fail
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Ezam Mohd Nor, Mazlan Ismail sah sertai Pas
Idris berkata, kedua-dua figura itu merupakan sahabat lama dan sentiasa berhubung walaupun berbeza perjuangan dalam arena politik.
Cetakan senaskhah al-Quran bukan RM500 - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500.
'Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad
Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.
Zahid bimbang prestasi PRK Johor berulang seperti PRN - Idris
Kenyataan Ahmad Zahid seolah-olah bimbang bahawa keputusan PRK di Johor akan memperlihatkan prestasi sama seperti PRN di enam negeri.
Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad
Katanya, pihak yang memperalatkan agama ialah mereka yang meletakkan sesuatu perkara halal sebagai haram dan begitu juga sebaliknya.
Pertemuan Hadi-Tun M: Pas nafi mahu tinggalkan Bersatu - Idris
Pas menafikan dakwaan pertemuan yang berlangsung antara Presiden Pas dengan Dr Mahathir sebagai langkah untuk meninggalkan Bersatu.
'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris
Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.
'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad
Ia terlihat selepas terbubarnya Parlimen dan mereka di negeri-negeri ditadbir Pas khususnya, menunjukkan sokongan kepada PN.
PRU15: Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor
Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali digugurkan daripada senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).