Rakyat perlu diberitahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad ada meninggalkan legasi negatif yang perlu ditanggung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata bagi memulihkan keadaan supaya dapat meraih kepercayaan rakyat, Najib harus mengubah dan merombak legasi itu kerana ia hanya menyusah dan membebankan rakyat.
"Banyak legasi negatif rakyat terpaksa tanggung hari ini...saya tak nafikan ada legasi positif yang ditinggalkan ketika saya menjadi menteri, tetapi legasi negatif perlu dirombak.
"Sebagai contoh program penswastaan adalah legasi positif tetapi ada negatifnya. Rakyat kena bayar tol, semakin lama semakin mahal, tetapi rakyat marah pada Datuk Seri Najib sedangkan perjanjian dilakukan pada zaman Tun Mahathir.
"Tol naik tiga tahun sekali... ini legasi negatif pada zaman Tun Mahathir yang membebankan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Himpunan Jentera Penerangan UMNO Terengganu di sini pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu.
"Ada lagi legasi negatif pada zaman Tun Mahathir termasuk penswastaan sisa pepejal yang kita juga ada bincang dalam Majlis Tertinggi. Melalui penswastaan ini, kerajaan tempatan perlu bayar banyak...bila kerajaan tempatan perlu bayar banyak, kita terpaksa naikkan cukai pintu dan yang terbebannya rakyat.
"Legasi-legasi negatif ini hanya memperkayakan beberapa pihak...tetapi saya tak nafikan legasi positif kerana saya juga menteri ketika itu, tetapi mana-mana legasi negatif yang menyusahkan rakyat saya harap ia dirombak supaya rakyat lebih hidup senang," kata Annuar.
Beliau berkata, sekiranya legasi negatif era Dr Mahathir dapat diselesaikan, pihaknya percaya sokongan rakyat akan terus berpihak kepada kerajaan.
"Saya harap semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti, ada kalangan ahli minta kerajaan rombak legasi negatif tinggalan Tun M ini," katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti rakyat yang belum berdaftar sebagai pemilih.
"Kita dah memperbaharui Biro Keahlian dan Daftar Pemilih yang mana kita sedang mengenal pasti ahli UMNO yang belum daftar sebagai pemilih dan kita juga mengenal pasti 1.1 juta rakyat yang tidak daftar pemilih.
"Kita cuba membantu mereka yang tidak daftar ini supaya mendaftar sebagai pengundi dan anggota UMNO," katanya.
Bernama
Fri Oct 07 2016
ANNUAR: Sekiranya legasi negatif era Dr Mahathir dapat diselesaikan, pihaknya percaya sokongan rakyat akan terus berpihak kepada kerajaan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.