Dr Mahathir puji fasiliti MRT, seolah-olah berada di negara maju

Ridauddin Daud
April 25, 2023 16:22 MYT
Menurut Dr Mahathir, beliau seolah-olah berada di negara maju selepas perjalanannya baik, kemudahan juga tersedia, stesen besar dan dilengkapi lif serta eskalator. - Gambar Twitter @chedetofficial
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh dan Putrajaya.
Menerusi ciapan di Twitter beliau, Dr Mahathir berkongsikan pengalamannya menaiki perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga, bersama isteri dan rakannya.
Menurutnya, kakitangan MRT juga turut bersama mereka sepanjang perjalanan itu dan memberi peluang kepadanya untuk bertanya beberapa soalan berkenaan prestasi MRT.

MRT SG. BULOH / PUTRAJAYA 1. Pada hari ketiga raya saya dan isteri bersama kawan-kawan mencadang mencuba MRT dari Sungai Buloh ke Putrajaya. pic.twitter.com/h5LNL68Gtz

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Dr Mahathir, beliau seolah-olah berada di negara maju selepas perjalanannya baik, kemudahan juga tersedia, stesen besar dan dilengkapi lif serta eskalator.
Tegasnya, beliau percaya kemudahan itu akan disambut baik rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan.
“Tahniah saya ucap kepada anggota pengurusan MRT Sungai Buloh / Putrajaya,” tulis beliau.
#MRT #Mahathir Mohamad #fasiliti #pengangkutan awam