PAS menamakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada bulan hadapan.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis pengumuman calon PAS dan pelancaran jentera pilihan raya kecil di Markas Induk PAS Sungai Besar, di sini malam Jumaat.
Dr Rani merupakan seorang doktor perubatan dan memiliki sebuah klinik, Klinik Fitrah di Pekan Meru, Selangor.
Beliau yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan daripada Universiti Tanta, Mesir menewaskan calon daripada Barisan Nasional Sukaiman Ahmad dengan majoriti 9,079 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
BACA: ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dinamakan calon BN PRK Sungai Besar
PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.
Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pada PRU13, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi.
Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.
Bernama
Fri May 27 2016
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Seri Iskandar Samad (kiri) menjulang tangan calon PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani. - Foto Bern
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
'Saya akan bersama PAS hingga akhir hayat' - Dr Rani
Calon PAS Dr Abdul Rani Osman berniat untuk terus bersama parti itu sepanjang hayatnya kerana beliau percaya kepada perjuangan parti tersebut.
Dewan Ulama PAS Selangor nafi buat mesyuarat tergempar Abdul Rani hadir majlis iftar Amanah
PAS Selangor menafikan mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan kehadiran calon PAS Dr Abdul Rani Osman di Majlis Iftar Perdana parti AMANAH.
Dr Rani calon Pas bagi PRK Sungai Besar
Dr Rani merupakan seorang doktor perubatan dan memiliki sebuah klinik, Klinik Fitrah di Pekan Meru, Selangor.