Dua ADUN positif COVID-19, sidang DUN Kelantan tangguh

Sinar Harian
Disember 5, 2021 04:13 MYT
Sidang DUN Kelantan bermula pada 2 Disember. - Gambar fail
KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan terpaksa ditangguhkan susulan ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disahkan positif COVID-19.
Penangguhan itu diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob selepas DUN Kelantan sebulat suara tanpa bahas meluluskan Bajet 2022 di sini pada Ahad.
Difahamkan, dua ADUN positif COVID-19 iaitu ADUN Tendong, Mohd Rozi Mohamad dan ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim.
Sementara ADUN Kemuning, Mohd Roseli Ismail pula merupakan kontak rapat kepada anaknya yang dijangkiti COVID-19.
Artikel asal di Sinar Harian
#kes positif COVID-19 #Sidang DUN Kelantan #sidang DUN ditangguh #ADUN Kelantan