Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke kawasan semak di Kilometer 14 Jalan Pekan-Rompin dekat Tanjung Batu di sini, hari ini.
Kejadian jam 9.15 pagi itu berlaku ketika kenderaan ultiliti sukan (SUV) yang dipandu Mohd Rozaini Mohd Yusoff, 46, dari JPJ Kuantan hendak menghala ke Dewan Angkat Berat, Rompin untuk Program Satu Komuniti Satu JPJ.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Amran Sidek, sampai di tempat kejadian, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas ke kawasan semak.
"Akibat kejadian itu, dua penumpang iaitu Rosnani Omar, 41, dan Mohd Adzrin Ahammad, 22, masing-masing di bahagian kepala dan patah bahu kiri.
"Bagaimanapun pemandu kenderaan milik JPJ itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, siasatan lanjut mendapati, keadaan cuaca ketika kejadian adalah hujan sehingga mengakibatkan permukaan jalan menjadi basah dan licin.
"Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Pekan dan dilaporkan berada di dalam keadaan stabil. Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya lagi.
Noraniza Kamsani
Sat Aug 26 2017
Keadaan kenderaan JPJ yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 14 Jalan Pekan-Rompin dekat Tanjung Batu di Pekan, hari ini. Foto Ihsan orang awam
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
JPJ tambah 1 jam waktu operasi kaunter di KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah waktu pengoperasian kaunter selama satu jam di beberapa negeri terpilih berkuat kuasa Isnin ini, bagi memudahkan urusan pelanggan.
MyJPJ rekod lebih RM28 juta transaksi dalam tempoh sebulan
JPJ merekodkan kutipan lebih RM28 juta menerusi aplikasi MyJPJ bulan lepas iaitu sebulan selepas transaksi dalam talian diperkenalkan pada Jun.
Aedy Fadly dilantik Ketua Pengarah JPJ baharu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pelantikan Aedy Fadly Ramli sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa hari ini.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel.
Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ
Bas persiaran itu ditahan ketika pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam.
JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.
JPJ keluar 331 notis daripada 1,308 kenderaan diperiksa dalam Op Khas
JPJ mengeluarkan 331 notis atas pelbagai kesalahan daripada pemeriksaan terhadap 1,308 kenderaan menerusi Op Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan selama dua hari bermula semalam di Kedah dan Perlis.
JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.