Dua anggota masyarakat Orang Asli meninggal dunia dalam satu kejadian tanah runtuh sewaktu keluar mencari damar di hutan, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Azid Ismail sewaktu dihubungi hari ini berkata, kejadian tersebut berlaku sewaktu sekeluarga Orang Asli seramai empat orang memasuki Hutan Matau untuk mencari damar.

Maklumat kejadian tersebut dimaklumkan oleh salah seorang daripada mereka sekitar jam 9 malam tadi setelah pulang ke perkampungan mereka untuk meminta bantuan.

seorang lagi mangsa, Ani, 27, ditemui dalam keadaan tersangkut di tepi sungai sekitar jam 1.40 petang tadi
Susulan itu seramai 10 anggota polis, lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah digerakkan pada jam 9 pagi tadi sebagai Pasukan Mencari dan Menyelamat.

Hasil bantuan penduduk kampung, mangsa berusia sembilan tahun dikenali sebagai Mila ditemui meninggal dunia di lokasi dan seorang lagi mangsa, Ani, 27, ditemui dalam keadaan tersangkut di tepi sungai sekitar jam 1.40 petang tadi oleh pasukan penyelamat.

Manakala seorang lagi mangsa, Ita, berusia 12, ditemui dalam keadaan cedera dan telah dibawa pulang ke perkampungan mereka.

Laporan polis telah dibuat kira-kira jam 3 pagi tadi di Balai Polis Jerantut, Pahang.