PETALING JAYA: Dua beradik direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes samun seorang wartawan dan juga penyampai berita sebuah stesen televisyen swasta di Damansara Perdana petang kelmarin.


Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Syafiq Affandy Hassan bermula hari ini hingga Jumaat depan.


Terdahulu suspek dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya 11.40 pagi tadi bagi proses permohonan reman berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Suprintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek yang ditahan ialah seorang lelaki dan wanita berusia 31 dan 24 tahun.

BACA: Dua beradik ditahan bantu siasatan kes samun penyampai berita

BACA: "Peragut hampir membunuh!" - Dashcam Janna Nick rakam detik cemas pembaca berita diseret

Mahkamah | Dua beradik direman, kes samun penyampai berita


Kedua-duanya ditahan di kawasan Puncak Alam, Shah Alam tengah hari semalam.


Hasil tangkapan, polis merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun termasuk sebuah kereta yang digunakan suspek.


Hasil semakan juga mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod berkaitan dadah, 15 rekod jenayah dan dua rekod masih disenarai hitam sebagai orang dikehendaki dalam kes penyalahgunaan dadah.


Suspek wanita pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau.