BIDOR: Dua buah rumah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanah Mas, di sini malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam itu menyebabkan sebuah rumah kelas B musnah terbakar 90 peratus, manakala sebuah lagi rumah kelas A terbakar 20 peratus.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.51 malam.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor bergegas ke lokasi dengan dibantu BBP Tapah.

"Sampai di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati kejadian itu membabitkan dua buah rumah dengan keluasan 60x90, bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor bergegas ke lokasi dengan dibantu BBP Tapah. - Foto JBPM Perak

Menurut kenyataan itu lagi, anggota bomba kemudian menggunakan satu dividing breaching lima pancutan dan dua aliran hose reel.

Kerja-kerja pemadaman kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

Operasi yang diketuai PPgB Mohd Azroisan Wahab itu tamat pada jam 11.15 malam.