Persaingan berat sebelah yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendominasi kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Tanjong Datu setakat ini memberi petanda awal dua calon parti pembangkang bakal hilang wang deposit masing-masing, menurut penganalisis politik.
Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata undi pembangkang akan berpecah, sekali gus menyebabkan kedua-dua calon parti pembangkang hilang wang deposit.
Calon BN Datuk Amar Jamilah Anu, balu kepada bekas ketua menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dicabar calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru Rapelson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Negeri (Star) Johnny Aput.
Menurut Jeniri, kedua-dua calon pembangkang itu tidak memberi cabaran kuat kepada BN mungkin disebabkan kekurangan dana untuk berkempen.
"Selain itu, isu yang mereka bawa juga tidak relevan dalam PRK kali ini dan mereka juga menyedari bahawa adalah mustahil untuk mereka menang," katanya kepada Bernama.
Menurut Jeniri lagi, pengumuman projek bekalan air paip untuk DUN Tanjong Datu dan Tasik Biru bernilai RM129 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta lebih 800 projek bernilai RM1.3 bilion di Tanjong Datu oleh Adenan sebelum ini, turut mendorong pengundi memberi kemenangan kepada BN.
"Bagi saya kemenangan akan memihak kepada BN kerana penyertaan parti lawan bagi saya hanya menyemarakkan demokrasi...dari awal sudah tahu bahawa peluang untuk calon pembangkang menang amat tipis.
"Di samping itu, sentimen simpati, kenangan indah, balunya mewakili Adenan, dan sentimen ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi," katanya.
Bagaimanapun katanya, jentera BN tidak harus leka walaupun pembangkang tidak ada poster kerana mereka sebenarnya bergerak senyap dari rumah ke rumah. Katanya, kalau berdasarkan mana-mana pilihan raya yang bersandarkan sentimen simpati, rekod lepas dan terbaru jelas boleh membantu.
Bagaimanapun, menurut Jeniri adalah mustahil bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencapai peratusan pengundian 75 peratus pada PRK kali ini.
"Peratusan yang disasarkan oleh SPR itu adalah terlalu tinggi untuk dicapai dalam sesuatu pilihan raya kecil," katanya.
Jeniri berkata jentera BN perlu meningkatkan lagi momentum kempennya sepanjang baki empat hari berkempen (sehingga tengah malam 17 Feb), manakala media massa termasuk media sosial harus memainkan peranan untuk mengajak pengundi keluar beramai-ramai untuk mengundi pada 18 Feb ini.
Sementara itu, seorang lagi pensyarah kanan Unimas Prof Madya Dr Ahi Sarok percaya kedua-dua calon pembangkang akan hilang wang deposit.
"Kedua-duanya dari luar daerah Lundu, iaitu dari daerah Serian dan sudah tentu mereka tidak mendapat sokonan pengundi di Tanjong Datu.
"Kerusi Tanjong Datu merupakan kubu kuat BN dan calon BN akan mendapat undi simpati, lawatan oleh menteri-menteri persekutuan sudah tentu mempengaruhi pengundi untuk mengundi calon BN," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017
JENIRI: Kedua-dua calon pembangkang tidak memberi cabaran kuat kepada BN mungkin disebabkan kekurangan dana untuk berkempen.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.