TUMPAT: Sebanyak 11 ekor lembu bernilai RM138,600 tidak sempat diseludup apabila kegiatan itu dikesan pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) dalam satu serbuan di tepi Jalan Terbok, Kelaboran Belukar, awal pagi Rabu.
Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam kejadian jam 1.26 pagi itu, anggota PGA9 membuat rondaan di kawasan berkenaan dan menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan awal mendapati 11 ekor lembu di bahagian belakang lori tersebut.
"Dua lelaki masing-masing berusia 47 tahun dari Kampung Simpangan ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau permit pemindahan haiwan ternakan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 dan nilai rampasan keseluruhan adalah berjumlah RM218,600," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan pada Khamis, PGA9 merampas 1,980 tin tembakau pelbagai jenama dan pelbagai barangan runcit dalam serbuan di Jalan Kampung Jejulok, Pengkalan Kubor, di sini.
Menurut Azhari, serbuan tersebut dilakukan pihaknya pada jam 6.30 pagi semasa membuat rondaan di Jalan Kampung Jejulok dan menemui lori berkenaan dalam keadaan mencurigakan di tepi sebuah rumah.
"Kami mendapati tiada individu dalam kenderaan berkenaan namun kunci ditinggalkan. Kami memeriksa lori dan menemui pelbagai jenis tembakau serta barangan runcit.
"Kesemua barang kes tersebut disyaki di seludup dari Thailand. Nilai rampasan Keseluruhan adalah RM137,070 dan kesalahan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Makanan 1983," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 08 2021
Lori yang membawa muatan 11 ekor lembu dalam serbuan berkenaan. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Seludup 12 ekor lembu guna perahu
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM67,200.
Dua ditahan dalam cubaan seludup 11 lembu
Dalam kejadian jam 1.26 pagi itu, anggota PGA9 membuat rondaan di kawasan berkenaan dan menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.
Seludup lembu lepas waktu sahur
Lembu tersebut diseludup menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.