GEORGE TOWN: Dua lelaki dipercayai ahli geng kongsi gelap ditahan kerana memeras ugut seorang peniaga di tapak perniagaan sempena sambutan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian selepas pihak polis menerima laporan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada kira-kira 4 pagi.
"Polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang berniaga di kawasan berkenaan mendakwa didatangi dua lelaki yang mengugut mahu merosakkan gerainya kerana berniaga di situ dan mangsa yang bimbang keselamatan dirinya bertindak membuat laporan polis.
"Ekoran laporan polis itu, pihak kami menjalankan siasatan dan menahan dua lelaki tersebut tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Pemeriksaan awal mendapati terdapat tatu geng kongsi gelap di badan mereka dan dipercayai mereka ahli geng tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini, pada Ahad.
Menurutnya berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan jenayah tersebut dan kini mereka direman hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut membuka empat kertas siasatan kes curi iaitu seluk saku dan seluk beg melibatkan empat mangsa termasuk seorang pelancong Kanada yang hadir pada sambutan Thaipusam di negeri ini.
Katanya lelaki Kanada berusia 79 tahun itu mengalami kerugian RM6,000 selepas menjadi mangsa penyeluk saku ketika sedang leka menyaksikan perarakan pedati di Lebuh Chulia, di sini semalam.
"Lelaki itu hanya menyedari dompetnya hilang pada 9 pagi dan bertindak membuat laporan polis. Kami juga menerima laporan polis daripada tiga wanita berusia antara 37 dan 58 tahun yang turut menjadi mangsa seluk saku serta seluk beg.
"Tiga wanita warga tempatan itu kerugian RM1,150 selepas menjadi mangsa dalam kejadian semalam hingga awal pagi ini di sekitar Jalan Utama, di sini untuk meraikan sambutan Thaipusam," katanya.
Beliau berkata pihaknya kini giat mengesan mereka terlibat dan empat kes tersebut disiasat menurut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Menurutnya pengunjung yang hadir diminta agar sentiasa berwaspada dan tidak membawa barang berharga bagi mengelak menjadi mangsa jenayah terutama di kawasan sesak ketika sambutan Thaipusam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023
Mohd Shuhaily (dua, kiri) memberi bekalan makanan secara percuma kepada penganut Hindu di Jalan Kebun Bunga sempena sambutan perayaan Thaipusam hari ini. -fotoBERNAMA
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Dua geng kongsi gelap ditahan ugut peniaga
Kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian selepas pihak polis menerima laporan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada kira-kira 4 pagi.
Thaipusam disambut secara norma baharu, upacara agama disiar di media sosial
Tiada lagi perhimpunan besar-besaran, sambutan Thaipusam kali ini amat sederhana dan sunyi tidak seperti kelazimannya.
Mayat lelaki ditemui dalam parit
Mangsa S. Govindaraju, 51, sebelum ini dilaporkan dua hari tidak pulang ke rumah dan keluarganya telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya.