Dua kanak-kanak maut dirempuh pacuan empat roda berhampiran sekolah

Rohana Wahed
Oktober 16, 2018 11:24 MYT
Kemalangan berlaku sekitar jam10.35 pagi, menyebabkan Carin Tigan, 10, dan saudaranya, Monica Ubong, 3, melambung dan mengalami kecederaan parah. - Foto PDRM
Dua kanak-kanak maut dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika melintas jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Long Lapok dekat sini hari ini.
Kemalangan berlaku sekitar jam10.35 pagi, menyebabkan Carin Tigan, 10, dan saudaranya, Monica Ubong, 3, melambung dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Beluru.
“Difahamkan kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun itu dalam perjalanan dari arah Bakong ke Lapok.
Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat sebelum dituntut keluarga pada sebelah petang.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#Hospital #Kanak-kanak #kemalangan #mangsa #Marudi #maut #mayat #meninggal dunia #Miri #Sarawak #sekolah