GEORGE TOWN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang mempergiatkan pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang babi komersial dan rumah sembelih, susulan pengesahan kejadian penyakit demam babi Afrika (ASF) di dua ladang babi komersial di daerah Kerian, Perak.
Dalam satu kenyataan, DVS Pulau Pinang memaklumkan pihaknya turut mengenal pasti lori pengangkut babi dari negeri ini yang telah mengangkut babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF itu untuk disekat pergerakannya.
Seterusnya, jabatan itu mengarahkan lori berkenaan untuk menjalani proses disinfeksi serta menyekat pengeluaran babi dari kesemua ladang babi yang telah mengangkut babi menggunakan lori haiwan itu.
Selain itu, DVS Pulau Pinang juga mengeluarkan surat peringatan kedua kepada penternak untuk mengetatkan kawalan biosekuriti di ladang serta menjalankan disinfeksi ke atas semua kenderaan yang masuk dan keluar dari ladang.
"Pihak kami juga akan menjalankan pemeriksaan dari ladang ke ladang bagi memastikan penternak mematuhi arahan jabatan dan menjalankan kawalan biosekuriti di ladang," katanya.
Pihak DVS Pulau Pinang turut menasihatkan para penternak babi, doktor veterinar swasta, penyembelih, operator rumah sembelih, penangkap babi dan orang ramai untuk segera melaporkan kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah jika terdapat sebarang kematian luar biasa, tanda klinikal disyaki penyakit berjangkit di ladang babi dan rumah sembelih; dan sebarang kematian babi hutan di kawasan sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
DVS Pulau Pinang juga mengeluarkan surat peringatan kedua kepada penternak untuk mengetatkan kawalan biosekuriti di ladang. - Gambar hiasan
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik
Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.
Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.
Perak segerakan penternakan khinzir secara moden
Penyegeraan sistem itu perlu dilaksanakan susulan aduan yang tinggi oleh penduduk sekitar yang terkesan dengan pencemaran.
Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti
Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.
Lima lagi ladang babi dijangkiti, Pulau Pinang isytihar ASF sebagai bencana
Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana selepas lima lagi ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.
Penyakit ASF dikesan di ladang di Sungai Bakap
Penyakit demam babi Afrika atau 'African Swine Fever' (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan.
Dua ladang dikesan positif penyakit demam babi Afrika
DVS Pulau Pinang turut mengenal pasti lori pengangkut babi yang telah mengangkut babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF.
Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera
Wakil rakyat silih berganti namun masalah sama masih menghantui, membuatkan mereka buntu, tidak tahu ke mana lagi harus dipanjangkan gundah di hati.
Demam Babi Afrika dikesan di dua ladang di Kerian - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan kejadian penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di dua ladang komersial ternakan itu di daerah Kerian, Perak pada 17 dan 18 Sept lepas.
Notis penutupan ladang ternak babi P. Pinang gagal patuhi lesen mulai 1 Jun
Notis penutupan operasi ladang akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang telah dikompaun dan masih gagal mematuhi lesen penternakan bermula 1 Jun tahun ini.