KUALA LUMPUR: Dua lelaki lengkap berpakaian taktikal Let's Anime Cosplay ditahan kerana disyaki memiliki senjata api dan bom tangan tiruan di sebuah pusat beli-belah, Damansara Jaya, di sini, semalam.
Kedua-dua suspek warga tempatan masing-masing berumur 15 dan 24 tahun itu ditahan pada 4.30 petang selepas polis menerima laporan mengenai mereka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pemeriksaan dilakukan ke atas suspek, polis menemukan satu laras senjata jenis M4, sepucuk pistol jenis Glock dan dua butir bom tangan yang kesemuanya tiruan.
Beliau berkata kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
"Kedua-dua mereka direman selama tiga hari mulai hari ini sehingga Selasa ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam kenyataan malam ini.
Ku Mashariman menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memiliki senjata tiruan dengan sengaja kerana ia menyalahi undang-undang dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Senjata 1960.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang di sekitar daerah Petaling Jaya boleh menghubungi Hotline Polis Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022
Kedua-dua suspek warga tempatan masing-masing berumur 15 dan 24 tahun itu ditahan pada 4.30 petang selepas polis menerima laporan mengenai mereka. - Gambar/ PDRM
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen
Pahang hubungi Jepun berkaitan anime Jujutsu Kaisen
Dua lelaki berpakaian taktikal anime ditahan
Dua lelaki lengkap berpakaian taktikal Let's Anime Cosplay ditahan kerana disyaki memiliki senjata api dan bom tangan tiruan di sebuah pusat beli-belah, Damansara Jaya, di sini, semalam.
Animasi bukan hanya untuk kanak-kanak
Meskipun berkerusi roda, Josee adalah anak gadis yang bercita-cita tinggi namun dibesarkan oleh nenek yang terlalu melindunginya daripada realiti sebenar kehidupan.
Ada yang berminat? Universiti di Jepun wujudkan fakulti anime dan manga
Pelajar akan mempelajari teori dan praktikal yang diperlukan dalam tempoh 600 jam pengajian, dari pencipta anime dan manga terkemuka.
Mek Kelate tak kekok jadi 'Barbie'
Bagi Shafieqa Mohd Asri, 26, watak Barbie menjadi pilihan apatah lagi dengan raut wajah gadis kecil molek ini mirip patung terkenal dunia itu.
12 maut studio animasi terkenal Jepun, Kyoto Animation terbakar
Sebuah kebakaran telah dicetus oleh seorang lelaki di sebuah bangunan milik syarikat animasi Jepun, Kyoto Animation pada pagi Khamis mengakibatkan 12 orang maut dan 40 cedera.
Wow! Ini rupa Jalur Gemilang bila dijadikan anime samurai untuk Olimpik Tokyo
Menjadikan karakter anime daripada bendera setiap negara yang bertanding untuk sukan Olimpik Tokyo 2020, Jepun menarik perhatian dunia.
Pengasas Studio Ghibli, Isao Takahata meninggal dunia
Karyanya yang paling diingati adalah Grave of the Fireflies, kisah dua beradik yatim piatu mangsa Perang Dunia Kedua
'Cosplay' haram jika menyerupai dewa kepercayaan lain - Mufti
Biarpun tiada kaitan jelas antara pemakaian kostum sedemikian dengan akidah, namun hukum yang jatuh adalah demi menjaga jati diri seorang Muslim.
5 video YouTube yang ditonton oleh pengguna Malaysia minggu ini
Berikut adalah ringkasan hasil carian youtube bagi pengguna di Malaysia dengan membandingkan permintaan carian yang meningkat dengan peratusan terbesar dalam tempoh tujuh hari (14-20 Mac).