MELAKA: Dua lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pengurus sebuah syarikat.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu A Deebanahsok, 27, dan Patrick Chu Chee Guan, 36, selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki terbabit secara bersama-sama didapati melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki seorang lelaki, M Sandrasekeran, 33.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan 3/25 Taman Kenanga di sini antara jam 3.30 pagi hingga 4.30 pagi, 9 Mei lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati.
A Deebanahsok, dan Chu Chee Guan diwakili peguam Mathan Anandaram manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya oleh J Banusha.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Jun depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Sinar Harian pada 10 Mei lalu melaporkan gara-gara pertengkaran mulut kerana menegur payudara seorang wanita dipercayai jadi punca seorang pengurus syarikat maut ditikam di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian yang berlaku jam 4 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun datang ke gerai makan tersebut bersama rakan-rakannya dalam keadaan mabuk kira-kira jam 2 pagi.
Menurutnya, selesai makan, mangsa kemudian telah bercakap dengan rakan-rakannya yang menegur saiz payudara seorang wanita yang juga pelanggan di gerai itu.
Katanya, perbualan mangsa dengan rakannya itu telah didengari oleh pengawal peribadi kepada wanita berusia 26 tahun itu, lalu menegur mangsa dan memberitahu bahawa wanita terbabit merupakan majikannya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 22 2023
Dua individu yang didakwa membunuh seorang pengurus syarikat di Mahkamah Majistret Melaka pada Isnin. - Foto Sinar Harian
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
Dua lelaki didakwa bunuh lelaki tegur saiz payudara
Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di Melaka pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pengurus sebuah syarikat.