KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai cuba menawarkan wang sogokan RM25,000 kepada pegawai kanan polis selepas sebuah premis diserbu di Kepong, dekat sini, semalam.
Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kedua-dua lelaki berusia 40 dan 46 tahun itu ditahan dalam Op Kontraban oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya.dalam operasi itu, polis turut menahan dua lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka berusia 26 dan 30 tahun.
"Kami merampas 34,536 tin dan 889 botol minuman keras, dua kenderaan pacuan empat roda dan wang tunai RM42,157 dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM1,228,391," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorsiah berkata seorang daripada empat lelaki yang ditahan pernah melakukan kesalahan sama pada 16 Mac lepas dengan nilai rampasan RM736,658.
Beliau berkata kesemua lelaki terbabit kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
"Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama polis dan SPRM dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan ketelusan operasi yang dijalankan agar lebih berintegriti dan efektif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai cuba menawarkan wang sogokan RM25,000 kepada pegawai kanan polis selepas sebuah premis diserbu di Kepong, semalam. - Gambar hiasan
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Ditahan miliki dadah RM2.7 juta, lelaki cuba sogok RM100,000
Seorang lelaki cuba menyogok anggota polis sebanyak RM100,000 untuk mengelak daripada ditahan selepas penemuan dadah jenis ketamin bernilai RM2.7 juta.
Ditahan memandu tanpa lesen, lelaki Rohingya cuba sogok polis
Suspek hadir ke balai itu bertanyakan tentang adiknya yang ditangkap oleh pihak polis pada jam 6.40 petang hari sama.
Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.
Dua lelaki ditahan cuba sogok pegawai kanan polis RM25,000
Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai cuba menawarkan wang sogokan RM25,000 kepada pegawai kanan polis selepas sebuah premis diserbu di Kepong, semalam.
Sogok polis RM200,000: Peniaga makanan didenda RM100,000
Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zaed Asan selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Lima anggota sindiket pelaburan tidak wujud ditahan, lelaki cuba sogok polis RM200,000
Modus operandi sindiket itu ialah dengan menyasarkan rakyat tempatan melalui promosi skim pelaburan di Facebook.
Lelaki cuba sogok polis RM10,000 ditahan
Wang sogokan itu ditawarkan bagi membebaskan dua rakannya yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
4 termasuk 3 lelaki Bangladesh ditahan cuba sogok polis RM150 di SJR
Empat lelaki termasuk tiga warga Bangladesh ditahan kerana cuba memberi sogokan kepada anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) berdekatan tol Sungkai.