ALOR GAJAH: Keghairahan dua rakan membeli dua ekor kucing Parsi bernilai RM2,600 dengan menggunakan nota wang palsu membawa padah apabila mereka berjaya dicekup pasukan polis.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, suspek masing-masing seorang lelaki berusia 22 tahun dan rakannya seorang wanita berusia 24 tahun itu dicekup di Ipoh, Perak pada petang semalam.
“Pengadu yang merupakan pesara guru berusia 56 tahun pada awalnya membuat urusan jual beli kucing berkenaan kepada suspek melalui laman Facebook yang mana mereka telah membuat bayaran deposit sejumlah RM100 ke akaun bank.
“Mereka kemudian berjumpa di Plaza Tol Ayer Keroh pada Sabtu lepas dan pengadu menyerahkan kedua-dua ekor kucing berkenaan dan menerima baki bayaran RM 2,500 daripada suspek.
“Namun pada keesokannya pengadu mengesyaki wang tersebut adalah palsu ketika ingin membeli kucing lain di Skudai, Johor sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya pihaknya sedang menyiasat dari mana duit palsu itu diperolehi dan ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Jelasnya, ketika tangkapan dibuat, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira, dua ekor kucing Parsi serta sebuah mesin cetak berwarna.
“Setakat ini masih belum dapat dipastikan dari pada mana suspek dapat duit palsu itu, tetapi duit palsu berkenaan berkualiti rendah selain kedua-dua mereka positif dadah.
“Suspek wanita itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah selain status masih dikehendaki pihak polis,” tambahnya.
Katanya, kedua-dua suspek direman lima hari sehingga 20 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut seksyen 489b Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Dec 16 2021
Pengadu mengesyaki wang tersebut adalah palsu ketika ingin membeli kucing lain di Skudai, Johor sebelum tampil membuat laporan polis.- Gambar hiasan/Unsplash
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Semuanya bermula dengan seekor kucing bunting patah kaki digilis kereta
Seorang suri rumah, Noorfadzillah Daud tidak kisah membantu rakannya yang tidak 'menang tangan', menjagakan kucing jalanan milik rakannya itu kerana beliau sendiri memang sukakan haiwan comel itu.